Friday, December 23, 2011

Teguran dan nasihat.

Bahagia betul bila kita rasa diri kita sedang disayangi oleh semua insan sekeliling kita. Macam lagu Terasa Di Syurga tu.
Tapi kita rasa begitu hina dan keji sangat bila kita rasa kita tak disayangi. Apa salah kita, apa dosa kita hingga kita dalam situasi sedemikian rupa. Kenapa kita rasa macam tu? Dan bila kita ada masalah, kita terasa begitu kerdil sangat. Terasa sangat asing. Tapi bukanlah macam alien tu.

Dah lumrah. Kita cuma manusia. Mampu merancang tapi bukan kita yang menentukannya. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Kalau Allah tak buat kita sedih, nanti kita jadi terlalu leka dalam kebahagiaan sementara duniawi ini. Allah sayangkan kita. Sebab tu Allah dah bagi warning awal-awal supaya selalu mengingati diriNya. Barulah kita senantiasa diredhai olehNya.

Bila kita dalam emosi yang tidak stabil, fikiran kita tidak menentu. Kita tak boleh buat keputusan yang betul kerana di bawah emosi yang tak mampu berfikir dengan waras ketika itu.

Kita akan rasa tidak disayangi oleh insan-insan sekeliling.. dan jika masalah itu berkaitan dengan keluarga pula, kita rasa diabaikan oleh mereka. Punyai ibu bapa yang pilih kasih.

Terus terang aku katakan, sebagai salah seorang ibubapa.. kami tidak pernah membenci anak-anak. Tiap kali si anak buat salah, tugas ibubapa adalah membimbing dan menegur anak-anak supaya tidak terus leka dihanyut ombak. Bukan ombak rindu taww. Kita tak nak anak-anak bagaikan layang-layang terputus talinya. Leka dalam dunia remaja yang tah hape-hape.

Itulah tugas sebagai ibubapa yang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi di arus permodenan sekarang ini.
Nak tegur dan nasihat anak ni bukan senang. Nantikan si anak terasa hati, dan simpan jauh-jauh perasaan tidak disayangi pula. Tapi itulah yang ibubapa harus hadapi.
Lebih-lebih lagi ibubapa itu bukan ibubapa kandung. Yelah, bapa tiri atau pun mak tiri seperti aku ni. Sometime aku pun terpaksa pendam je dalam hati. Tapi aku tak nak tengok anak-anak tersilap langkah.
Aku nak semua anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Aku yakin semua ibubapa yang lain juga begitu. Tetapi untuk berjaya di dunia dan akhirat mestilah ada seseorang untuk terus membimbing agar tidak terpesong dari jalan yang betul.

Dan aku takkan berputus asa, hanya untuk menjaga hati anak-anak. Apa yang aku pentingkan supaya mereka tidak lalai. Selagi umur aku ada, selagi itulah aku akan membimbing mereka untuk menjadi insan berguna yang menjaga maruah diri, maruah keluarga dan yang paling penting hamba yang patuh pada Allah. Aku tidak mahu mereka hanyut dengan dunia luar. Mereka masih mentah. Cuma mampu berfikir untuk jangkamasa pendek sahaja. Owh tidak..

* Im never think to replace your mom. Your mom is your mom and nothing can change about that. Please, dont forget to take care about her. Mother is so precious than others. While me, dont worry i know how to take care about myself. Just give some respect.

No comments:

Post a Comment