Tuesday, January 3, 2012

Ketatkanlah diri mu dengan keimanan kepada Allah

Sayang sangat .. apabila kita dikurniakan otak yang cerdik pandai tapi kita lupa pada Allah. Kita engkar pada kedua ibubapa. Sesungguhnya hidup ini tidak akan diberkati, dan kita akan pasti semakin lalai dengan arus dunia. Aahh.. seronoknya dunia ini. Lupa dah kat akhirat.

Elok-elok kita menutup aurat, simpan bebaik untuk suami nanti bukan untuk boypren semata, ataupun sekadar untuk enjoy bersama dengan kawan-kawan. Ingatlah hukuman Allah itu amatlah berat.

Sesungguhnya jika boypren atau kawan-kawan itu tidak patuh dan tunduk pada Allah, mengajak ke arah keburukan, ataupun menggalakkan perkara-perkara yang tidak berlandaskan Islam mahupun juga menggalakkan kita untuk tidak patuh pada ke dua ibubapa.. dia memang tidak wajar untuk didekati.  Apatah lagi untuk dijadikan calon suami.
Bukalah mata anda sekarang sebelum terlambat.  Buatlah keputusan yang bijak.








Otak cerdik pandai pun takde gunanya jika perangai macam setan. Tapi jika berperangai baik tapi kurang pandai macam orang lain, walaupun dah usaha belajar betul-betul.. alhamdulillah. Hidup akan bahagia di dunia dan akhirat sana. Kerana restu Allah dan kedua ibubapa selalu bersama.

P/s: Untuk anak-anak ku, jangan lalai.. dan jangan buat perkara yang ibubapa tidak suka/beri hanya untuk kepuasan diri.

No comments:

Post a Comment