Tuesday, February 14, 2012

Comeynya baby bouncer

Zaman sekarang ni lawa-lawa betul produk untuk baby.  Rasa cam gerammm je nak beli.  Tapi selalu je beringat.  Kita kena berjimat.  Beli apa yang perlu sahaja.  Jangan membazirr.  Semuanya dah makin mahal sekarang ni.

Duit bukannya senang nak dapat.  Barang makin mahal dan gaji pulak tak lee naik-naik.  Tu laa masalahnyer.  Ape pun bila belanja tu kena laa beringat selalu.  Pesanan ikhlas nehh.

Ni jejalan je kat area ni.  Bukannya nak beli pown.  Saje je suka tengok-tengok barang.  Tah la hobi kott.. ataupun orang kata window shopping.
Gaya orang miskin shopping..

Car seat pun cute-cute je semua.  Tapi car seat dah ada.  Elok dan still boleh pakai lagi dengan sempurna.  Baby duduk pun selamat.
Kalau dah tak menjamin keselamatan baby, barulah kita beli yang baru car seat tu.

Manakala baby bouncer tu pulak, ermm... Mummy ni tak guna sangat menda alah tu.  So, tak perlu.
Depend laa kalau bagi orang lain perlu.. selalu aje dia letak baby dia atas mende tu.. berbaloi jugak abes duit membelinya.  Kalau takat letak 3x je dengan harga RM99.  Uhh tak berbaloiiiiiiiii sangat.
Kayoo benor la tu.. saje je bagi pitis kat tokey kedai..

Kedai yang kitaorang duk posing ni kedai Jusco di One Utama Shopping Center.  Aaallaa sebelah TV3 tu.  Yang tu laa yang paling dekat dengan umah.
Masa pun jimat.  Apatah lagi minyak.  Tol lak RM1.60 x2 (pegi dan balik)

Ok la Aakif dan Aathif.  Jum kita balekk!!

No comments:

Post a Comment