Sunday, March 11, 2012

Midvalley exhibition

Jumaat baru ni Mummy ke Midvalley.  Nak join Maternity and Children Exhibition kat sana.  Niat shopping tu takder laa sangat.  Cuma niat nak menyilau baju menyusu.. kot-kot ada yang interesting.
Ramai jugak pengunjung yang datang join exhibition ni.  Agak sesak jugak dibuatnya.  Ohye, ada jugak pertandingan untuk memeriahkan exhibition.  Tetiba je maskot Mamipoko lalu, terus lari Aakif ke belakang Mummy.  Hahahaha.
Penakut betul.

Namun apa yang best, kat sebelah tu ada pulak Thai Exhibition.  Masuk je lah kitaorang ke situ pulak.  Kat pameran Thai ni, ada jugak makanan Thai yang dijual, produk-produk lain cam sabun, krim, minyak rambut, dan jugak kraftangan.. kiranya banyak jugak la.

Ada jugak dia nak promote Thai Massage.  So, dia bagi free treatment for 3 minutes.
Dalam lebih kurang 3 minit tu, dia akan urut bahu, tangan kita.. dan walaupun sekejap je rasanya.. tapi memang sedap.  Bahu ni terasa ringan jeww.

Ada dia bagi pamplet tu.  Ingat kalau umur panjang, nak pegi laa.. dapatkan massage dari kedai dia kat situ.
At the end, Mummy beli sos cili Thai.  Ermm.. sedap sangat rasa dia.

No comments:

Post a Comment