Monday, April 2, 2012

Italy with Milan, Rome and Venice





My cute Italy dah makin dhemOk sekarang ni.  Kutu telinga di telinganya juga dah bertambah pulih.  Alhamdulillah.. suka sangat dengan perkembangan Italy sekarang ni.
Selain dari itu, Italy pun dah makin ceria sejak tinggal bersama-sama dengan Mummy sekeluarga.  Dah makin aktif bermain, pandai curi perhatian dan makin manja.  Perubahan yang baik.
Apa yang lebih membanggakan, Italy adalah kucing yang sangat mendengar kata.  Patuh giteww.  Walaypun nama Italy ni diberi ketika Italy dah besar.. tapi bila panggil je nama "Italy".. terus je dia datang.  Macam paham-paham aje.
Ni laa keje Italy bila takder orang layan dia.  Risau jugak kot terbalik aquarium kecik tu.  Tapi Italy ni saje, dia acah-acah je.  Then dia melompat-lompat keluar bagaikan ada orang kejar dia .. klakar pulak!!
Ini Milan, Rome dan Venice.
Dulu Mummy tak yakin sangat ketika terpaksa pisahkan dengan ibunya, Italy.  Yela, sebab bagi ubat kutu telinga tu, kena pisahkan susu.. sebab risiko nanti anak mungkin mati jika terus menyusu.
Tapi setelah mereka ini di bawah jagaan Doktor Nabila, Mummy yakin diaorang semua boleh survive.  Mummy mana ada pengalaman dalam menjaga anak-anak kucing menyusu ni.
Tengok laa Venice nyer turn kena minum susu tu.
*  Tetiba Nabila dah naik pangkat jadi doktor veterinar pulak
Ni laa kotak sementara dipisahkan dengan ibunya.  Diaorang bertiga ni duk dalam bilik Nabila buat sementara waktu.  Nanti boleh ketemukan semula dengan ibu diaorang. 
Italy pun nampak cam dah rindu sangat kat Milan, Rome dan Venice.

For info la.
Kalau kita nak jaga anak-anak kucing ni.  Kena laa kita bagi susu kat diaorang.  Susu tepung untuk kucing boleh dibeli kat kedai-kedai Petshop atau klinik veterinar.  Harga tak mahal dalam RM10 per pek je.  Biasanya anak-anak kucing ni tak pandai lagi minum susu dengan botol.  Jadi kitaorang guna shrink yang kecik sekali tu.
Walau bagaimana pun, ada jugak yang pandai minum dengan botol susu tau.

Then apa yang penting, diaorang ni kena keep in warm. 
Biasanya orang letak air panas dalam botol then balut sikit botol tu dengan kain, ikat-ikatkan.. supaya anak kucing tadi tidak terlalu panas kena ngn botol tu.
Tapi dalam Mummy nyer kes, Mummy guna tungku eletrik.  Mummy letak dalam sarung bantal supaya tidak kotor.  Bila dah agak sejuk, charge laa.  Tapi jangan sampai terlalu panas.  Cukup setakat panas yang perlu sahaja.

Jangan lupa lap bontot diaorang dengan kapas + air suam setelah diaorang minum susu nanti.  Anak kucing ni tak pandai lagi nak berak atau kencing tau.. sebab tu laa kita kena lap.
Tapi bila dah pandai, tak perlu lagi.

No comments:

Post a Comment