Thursday, June 28, 2012

Italy's newborn

Pagi semalam, Italy telah selamat melahirkan 5 ekor kitten.  Yeyyy!!  Seronok sangat rasanya sebab Italy dah ada anak baru :P

Ramai betul anak Italy kali ni.  Jika sebelomnya 3 ekor tapi tak panjang umo pulak.. kali ni Allah bagi rezeki lebih buat Italy dengan 5 ekor anak kucing.  Semoga kali ni panjang umo belaka yep.  Mummy pun lom tengok lagi camane keadaan Italy dan anak-anaknya sebab Italy kat kampung dijaga oleh Wan.
Tengok laa wajah keibuan betul Italy ni.  Walaupun dia ni agak penakut tapi penyayang .. Uhh rindunya kat Italy ni.
Anyway, tengkiu to my lovely asben sebab belikan sangkar baru buat Italy dan anak-anaknya.  Kali ni cage yang lebih besar dan selesa buat Italy dan newbornnya yang seramai 5 ekor tu.  Mummy beli online dan suh dia hantar by pos ke kampung.  Cage tiga tingkat ni siap dengan roda giteww.. senang sikit nak ke situ dan sini.
Tapi katanya hari ni baru nak pos.  Yela, semalam baru order dan bayar, kan!

Semoga Italy sihat walafiat di sana.  Sayang sangat Italy ni.  Tak sabar nak balik kampung tengok Italy kat sana..

* Herm, ramai sangat anak Italy ni.. nak letak nama ape epp kali ni? 5 ekor tu..
Think Mummy .. think!!  Yela, nanti Mummy pikir dulu.

Jugak tahniah diucapkan pada Rohaya Abdul Rahman kerana selamat melahirkan 1st baby girl pada jam 9.37 malam.  Datenya sama dengan Italy yang melahirkan juga..

No comments:

Post a Comment