Wednesday, July 25, 2012

Salam Pertama Ramadhan..

Seronoknya bila dah masuk bulan yang mulia dan bulan yang menjadi kesayangan semua orang ni.  Rasa Allah itu dekat sangat dengan kita, kan!
Takpe lah, walaupun Darling jauh di perantauan.. tapi hati dia senantiasa dekat dengan kita.  Itulah yang sangat-sangat diharapkan.

Bebaru ni, Mummy balik kampung untuk menyambut pertama Ramadhan bersama ibu tersayang.  Yela, adik Mummy yang sekarang ni tinggal dengan Mama tu balik ke Gombak untuk menyambut Ramadhan bersama isteri dan anaknya.  Tinggal Mama sendirian di kampung.  
Lagipun Sabtu tu plak, Ana tader kelas tambahan.  Biasanya ada jek tiap Sabtu.  Tapi sempena pertama Ramadhan, kelas kansel.  Apa lagi, Mummy pun buat keputusan last minit, dan telah mendapat approval oleh big boss di seberang sana.  Herm, kalau big boss tak approve.. Mummy tak balik lah.

Tapi.. rupanya Abang Long pun balik jugak bercuti bersama familinya.  Wah riuh rendah jugak suasana di kampung ni.  Tambahan lagi, Angah dan famili pun datang untuk berbuka bersama.

 

Budak lelaki macho itu, namanya Nabil Iman.  Anak sulung pada Abang Long dan isterinya.  Hensem betul Iman sekarang ni.  Tinggi nak mengalahkan Wan dah.. padahal baru je darjah 6.

Budak comel yang kantoi tak posa ni lak namanya Rayyan. Alaa.. baru 2 tahun.

Yang tengah main  komputer tu Nabil Najmi aka Angah.  Anak ke dua Abang Long dan isteri.  Rayyan tadi anak bungsu.  Semuanya hero belaka laa.

Tu kakak ipar Mummy tapi tak nampak muka plak.  Diaorang tu semua dok tengok kandang kucing Mummy le tu.  Segan Italy ngn anak-anak dia.  Hehe..
Wan, Nabila dan Aathif pun sibuk duk tengok kucing kat luar tu.  Yela, ni laa kali pertama  kitaorang dapat tengok anak-anak Italy yang newborn aritu.
Kejap je dah besar..

Ohye, ingat tak Pucca  dan Maru yang kawan Mummy bagi.. sebab ada orang nak buang mereka tu? Usia mereka tu lebih kurang je baya dengan anak-anak Italy yang newborn ni.
So, Mummy ingat nak reunite sekali dengan Italy  dan anak-anak bulusnya  itu. Alhamdulillah, Italy menerima mereka berdua dengan senang.  Takde pun Italy marah-marah dan  beza-bezakan antara mereka.  Respek sangat dengan Italy. Keibuan betulla.

Walau bagaimanapun,  Pucca dan Maru ni adalah mix Parsian. Agak ganas ketika menyusu.  Kami yang tak pernah ada kucing mahal ni, beranggapan...  keturunan Parsi ni ganas kut.. sebab tu laa.. ganas sangat menyusunya.  Hmm...

Mummy angkut semua anak-anak Mummy ke pasar Ramadhan.  Bukannya nak shoppiing sangat.  Saja je nak tengok kemeriahan pasar Ramadhan kat sini. Tengok la.. hasil shoppingan kita tu.  Tader apa sangat.  Tapi cukup la.  
Bukan ke Ramadhan ni patutnya disambut dengan bersederhanaan sahaja, kan! 

Dan ini  pulak lagi satu pasar Ramadhan yang kitaorang pegi.  Ni dekat je dengan umah. Yang tadi tu, jauh.  Hmm, yang tinggi lampai tu.. Napi.  Kiranya kazen Mummy jugak la.  Still single and available gitew.

Elok pulak si Aakif ni nak berpimpin tangan dengan Napi ni.  Herm, biasanya payah jugak la dia nak mesra  macam ni.  
Budak-budak memang suka dengan Napi  ni.   Sebab Napi pandai layan diaorang.

Tader ape sangat yang dibeli.  Kecuali air karot susu ngn air tembikai susu je.  Pastu kitaorang pun balik umah.

Kitaorang balik kampung ni tak lama.  Sekejap je.
Yela, balik pun petang Jumaat pas abeh sekolah. Sampai dah malam.  Esokkannya p town jap, petang gi pasar Ramadhan. 
Esoknya pulak, kitaorang dah nak balik Kolumpo.  Anak-anak sekolah..

Alhamdulillah, Wan sempat shopping dengan Aathif dengan kasut baru yang dibeli pagi semalam. Gojess sangat. 

Ni pulak model nak bukak pagar manual.  Tengok laaa pic di mana Ana menggunakan kuasa veto nya untuk menolak dan menarik pagar besi ni.
 
Ana sempat bergambar dengan pokok durian kat kawasan umah.. manakala Nabila si gadis bunya dengan pokok bunga nya iteww..

Opss, Rayyan tak mandi lagi..
Eiii.. busuukk!!
Haippp,  gelap betul laa Iman ni.  Mana taknya.. Main bola aje kerjaannya tiap-tiap petang abes sekolah..
Manakala anak-anak Mummy lak, mana ada kuarnya.  Mummy tak bagi.
Kalau dah pandai keluar, sure gelap jugak laa nanti.

Last but not least, Aathif pun dah masuk ke pesawat kokpitnya untuk sesama berlepas ke Kolumpo.  Darling pesan, kena balik dalam jam 10 pagi.   Bagi mengelakkan jem dan berbuka di dalam kereta.
Mummy ikut aje laa ..

* Rindu betul kat Darling.. camane laa posa sorang-sorang kat sana..

No comments:

Post a Comment