Sunday, October 14, 2012

Gigit kuku

 
Sepanjang Mummy duk kat sini, antara perkara yang tak best Mummy tengok adalah "gigit kuku".  Mana-mana Mummy pegi, ada aje Mummy jumpa orang duk gigit kuku macam muka kat atas ni.  Walhal muka ensem, kiutt.. tapi sesekali gigit kuku daaa..

Pastu bila Mummy perhatikan kuku tangan dia.. uhh terus je rejek!!  Eeeuuww.. buruknya kuku tangan dia.  Macam pic kat bawah ni.

Orang macam ni sure laa pengotor kan.  Teruknya..  geli tengok.

Patut laa Aqiela cakap.. "Mummy, orang kat sini kan tak perlu nak potong kuku dengan nail clipper tau Mummy sebab diaorang gigit je kuku diaorang."
Terus je  Mummy jawab.. "Kita tak bley gigit kuku kita macam tu.  Kena potong dengan nail clipper sebab kat kuku banyak kuman-kuman.  Tangan kita kan pegang merata-rata.  Sebab tu laa bila nak makan, kena basuh tangan bersih-bersih dulu."

Di celah-celah kuku kita ni sebenarnya boleh mengandungi pelbagai jenis debu, bakteria, virus dan juga telor cacing.  So, jangan gigit yep. 
Jangan lupa untuk selalu membasuh tangan anda dengan bersih especially bila nak makan tau..

No comments:

Post a Comment