Thursday, March 14, 2013

Resipi: Cupcake Lemon Zess

Hari ni Aqiela dan Ana tak sekolah disebabkan semalam snow turun agak lebat.  So, servis bas sekolah ditunda kerana bimbangkan keselamatan budak sekolah.  Yela, bila dah snow.. jalan licin.  Hepi laa Aqiela tak perlu ke sekolah hari ni.
Mummy lak ingat nak kuar p jejalan arini.  Lama sudah tak tengok menara Eiffel tu.. rindu nak pose sekeping dua buat tambah koleksi posing.  Tapi tu laa.. sebab cuaca agak sejuk walaupun hari ni snow tak turun-turun  pun.  Kesian kat budak comel Mummy ni laa.. dengan suhu -7'c nak kuar jejalan.. Hmm.. tak per lah.

Oleh kerana rasa bosan.. tambah lak baru je qatam citer BIG, (Korean Drama)  .. so Mummy rasa Mummy perlu baking something untuk bebudak comel kat umah ni.
Maka terciptalah Cupcake Lemon Zess.

Resipi ni senang giler.. Kalau tak pandai buat tu makanya pemalas namanya.  Kuang.. kuang.. kuang..


CUPCAKE LEMON ZESS

Bahan-bahan

180 g butter
300 g gula halus
4 biji telor
180 g cream cheese
4 sudu besar kulit lemon yang diparut
1 sudu teh esen vanila
120 g tepung gandum
100 g tepung naik sendiri

Cara-cara

1.  Satukan butter + gula halus + telor + cream cheese + kulit lemon dalam mangkuk mixer.  Pukul sampai creamy.
2.  Ayak tepung gandum + tepung naik sendiri dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.
3.  Masukkan dalam bekas kek cawan dan  bakar pada suhu 160'c selama 20-25 minit.

Topping

Boleh buat buttercream atau pukul whip cream + gula aising + kaloring..

No comments:

Post a Comment