Friday, December 23, 2011

Dengarlah kata orang tua mu

Duhai anak-anak..

Janganlah bercakap bohong. Apabila kita bercakap bohong hidup kita takkan mendapat rahmat dariNya. Keberkatan itu tiada. Kerana ianya telah berlalu pergi ketika kita bercakap bohong sama ada dari segi pelajaran/pekerjaan.
Kamu akan senantiasa susah akibat dari kebohongan yang kamu ciptakan sendiri.

Ikutlah pesanan kedua orang tua mu selagi ianya tidak bercanggah dalam soal agama. Mereka tahu yang terbaik buat mu, walaupun kamu adakalanya memberontak dan tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Namun percayalah, mereka lebih memahami sikap mu yang kamu sendiri tidak tahu.

Duhai anak-anak,

Ibubapa telah memelihara kita dan mendidik kita dari sekecil tapak tangan sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Walau adakalanya kasih sayang itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Mereka tidak mahukan balasan dari segi wang ringgit, harta dan sebagainya. Mereka cuma melihat kamu berjaya, menjadi insan yang berguna dari segi dunia dan akhirat.

Duhai anak,

Tak perlu kamu memberontak kerana tidak puas hati. Tidak dapat apa yang kamu kehendaki. Rumah, kereta, tanah, ataupun di zaman sekarang ini.. serba moden serba canggih. Handphone, laptop, atau ipad sekali pun.
Wang ringgit bukan segalanya. Mereka bukannya tidak mampu memberikannya kepada kamu tapi mereka lebih mengetahui kenapa kamu tidak layak untuknya. Mereka yakin kamu pasti akan lalai dengan arus kemodenan dunia ini.

Anak-anak ku sekalian,

Taatilah mereka. Patuhlah mereka.
Dan kamu tidak akan rugi satu sen pun. Mungkin kamu tidak kaya, kurang pandai, ataupun kurang berjaya dalam pelajaran/pekerjaan, tetapi kamu adalah orang yang paling kaya di akhirat nanti.
Dan kamu patut bangga, kerana Allah juga bangga dengan mu kerana kamu adalah anak yang soleh/solehah.

No comments:

Post a Comment