Saturday, January 7, 2012

Barang-barang keperluan baby (mesti ada)

List barang baby ni antara yang selalu digunakan untuk baby kita.  Ada orang beli banyak-banyak tapi membazir.  Sebab tak guna..
So yang ni kompem tak membazir sebab anda akan selalu guna.

1.  Baju baby
--> Berlengan panjang - 2 pasang
--> Berlengan pendek - 6 pasang
Kalau saiz 0-3 bulan tu beli 2 pasang je.  Then yang lain beli 6-12 bulan.  Baby ni cepat je besar.  Kalau nak lebih praktikal, beli:
--> Rompers: 8 helai (berseluar pendek)
--> Jumpers: 8 helai (berseluar panjang)


Sebab bila pakai romper/jumper ni, senang nak intai baby berak ke ataupun nak tukar dia nyer pampes tu.  Betul nehh.  Percayalah.  So, yang baju lengan panjang/pendek tu u olls takkan bape suka nak bagi baby anda pakai lagi.  Sebab dah ter-fall in love dengan rompers/jumpers ni.

Nanti bila anak makin besar, beli laa lagik.  Don't worry.  Baju baby memang cantik-cantik.  Geram je tengok.  Mesti ingat elakkan pembaziran.

2.  Barut perut baby - 4 helai
U olls boleh pilih nak yang bertali atau srap.  Nadja mudah yang srapp tu sebab nak buang/pakai senang.



3.  Sarung tangan+kaki baby - 5 pasang


4.  Set mandian baby


Mandian, syampu, bedak, losen, minyak zaitun, wet tissue..
Jangan lupa juga dengan Minyak Yu Yee Cap Limau.  


Boleh letak kat tapak kaki baby, betis baby, dan belakang badan baby.  Kalau nak letak kat pusat.. make sure tali pusat dia dah tercabut, dah luka dia dah betul-betul baik. Bagus ni untuk buang angin, tak bagi perut baby kembung.  Bau dia pun sedap.  Tapi depend laa kalau tak suka, cari brand lain okay!

5.  Cotton bud & cotton wool
Untuk membersihkan pusat baby nanti.



6.  Kerusi mandi (boleh refer kat "sini" )


Chubby betul baby Mummy ni.  Seksi gitew.  Tapi dah tutup bahagian sensored tu.  Ahahkss..
7.  Lampin pakai buang / cloth daipers


Macam Nadja ni, malas nak guna cloth daipers ni.  Males nak membasuh nye nanti.  Kena lak taim-taim hujan.  Uhh tak kering cloth daiper ni kang.
Nadja pakai lampin pakai buang je.  Senang untuk orang yang 'rajin' cam Nadja ni.  Nadja beli lampin pakai buang yang ada getah kat belakang dia tu.  Kemas sikit pemakaian dia nanti.  (Just for info, Nadja beli Pet Pet)  Harga dia murah laa berbanding dengan lampin pakai buang yang lain.  Qualiti pun ok, tak senang nak bocor banding dengan Pampers.

Sesetengah baby ni allegik dengan sesetengah lampin.  So, perlu diingatkan.. jangan laa beli banyak pek sangat lampin tu.  Dibuatnya baby kita allegik dengan lampin tu, tak ke susah.. Payah nak tukar balik kat kedai.
Dan tidak digalakkan beli lampin pakai buang yang newborn.  Sebab dia akan cam ada lubang untuk bahagian tali pusat baby.  Kiranya tali pusat baby tu terkeluar la.  Pada Nadja, itu lagi bahaya.  Kalau lampin biasa saiz S tu, tali pusat baby akan kita tutup sekali dalam lampin pakai buang tu.  Lagi selamat masa kita pegang baby tu.  Tak ler kena atau tertarik tali pusat dia nanti.  

8.  Krim/bedak punggung
Penting ni bagi mengelakkan punggung baby merah.  Sian baby, pedih tau.


9.  Kain bedung - 3 helai


10.  Tilam baby




Nadja beli tilam macam ni.  Sebab bila kita lipat, alas laa dengan kain sikit.  Buh bantal, bantal peluk .. letak je baby tu.  Baby ni kejap je besar.  So, kalau dah agak-agak boleh main tu, bukak je besar.  Tak laa duk atas lantai je dia nanti.  Lagipun orang tua boleh baring sekali bila dah bukak besar ni.  Nak tido pun boleh aje.

11.  Kelambu baby


Seelok-eloknya beli yang kaler putih tau.  Kalau ada nyamuk ke, semut ke, mudah kita perasan.  Ni kalau dah kalerful.. isk.. mana nak perasan.  Sedar-sedar dah banyak semut kat baby.  Sian baby.

12.  Kain lampin


Boleh laa beli satu paket.  Tujuan dia sebenarnya multipurpose.  Nak selimut baby, air liur baby, nak buat alas, etc.  Adakalanya kain lampin ni jugak yang digunakan sebagai towel ketika kita tengah jalan-jalan brenti jap kat hiway.  Lap muntah, time-time emergency pun boleh jugak.  Kalau baby kecik lagi, nak wat bedung pun boleh.  Kalau muat la.

13.  Etc
Yang lain-lain cam towel, beg baby, etc .. boleh guna je yang ada kat umah tu.  Mana-mana towel atau beg pun buleh je guna.  Boleh jimat untuk beli barang yang lagi penting selepas ini.  Yela, memang banyak nak kena sediakan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita ni.

No comments:

Post a Comment