Saturday, January 7, 2012

Barang-barang keperluan menjadi ibu (mesti ada)

Seronoknya kepada bakal-bakal ibu.  Mesti exited nak jadi seorang ibu tidak lama lagi.  Sesungguhnya pengalaman mengandung pasti memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada seorang bakal ibu.  Terutama sekali kepada isteri yang first time menjadi seorang ibu.

Nak share lah sikit.  Antara barang-barang yang perlu disediakan untuk menjadi bakal ibu ni.  Harap dapat memberikan tips berinformasi kepada kita semua.  Sama-sama kita kongsikan bersama.


1.  Minyak selusuh
Kepada bakal ibu ni, perlu amik perhatian kepada minyak selusuh ni.  Insyaallah dapat membantu kita di saat kita bersabung nyawa ketika melahirkan.  Ianya dapat menolong untuk permudahkan proses keluar baby kita nanti.
Biasanya ada orang buat sendiri je minyak selusuh ni.  Mintak kat makcik-makcik / bidan ngurut kat kampung.  Tak pun beli je kat Biodex.  Harga dia RM69.90.  Boleh start pakai masa 7 bulan.  Dengan cara sapu minyak ni dari atas ke bawah.  Pastu masa dah masuk 9 bulan tu, minum sikit satu sudu besar tiap-tiap hari.  Bertawakkal kan.. tak salah.


2.  Maternity pads
Uhh penting ni.  Ada macam-macam jenis maternity pads ni.  Ada yang bertali (kena sediakan tali laa pulak. Sebab tali itu tidak disertakan sekali dalam paket tu).  Ada yang jenis saletip je.  Tapi Mummy suka yang jenis biasa je.  Beli je pad yang night long + wings tu letak kat biasa, then tampal kan jugak dengan pad yang takder wings .. letak kat belakang.  Kiranya tampal dua sekali gus la.  Jadi panjang la.  Kompem tak bocor punya.  Senang pun senang.  Ada wings, so.. tak lekat kat underwear kita.


3.  Breast pump
Benda ni jugak dalam kategori yang sangat-sangat penting.  Sebab bila kita delivered baby, selepas dua hari gitu laa breast kita akan full with mother's milk.  Walaupun dah bagi kat baby, tapi still banyak.  Uhh, sakit woo kalau tak dikeluarkan.  So, di sinilah pentingnya breast pump.  Nak picit sendiri pun boleh, tapi penat laa.  
Untuk pengetahuan, jangan laa dibeli brand yang murah.  Contohnya Pureen.  Beza sangat rasa dia berbanding dengan pam susu yang lain tau.  Rasa dia sakit mencengkam kat puting susu.  Macam nak putus je.  Banyak survey yang Nadja buat, rata-rata kata Avent ni sangat okay digunakan.  Harga dia lebih kurang  RM200+.  
Ramai yang mengatakan, bila guna pam susu Avent ni ... tak sakit.  Dan susu pun keluar banyak.  Masa pun jimat.  Walaupun manual.  Kalau yang eletrik mahal skit lah.  Lebih kurang RM500.


4.  Breast pad
Breast pad ni penting jugak.  Sebab bila dah delivered tu, kita sangat kaya dengan susu.  Hinggakan susu boleh menitik.  Abes  basah bra hingga ke T.  Eiishh, memalukan laa.  So, alaskan dengan breast pad ni dulu kat kita nyer bra tu.  Bila dah penuh, boleh buang.  Kalau tak suka pakai yang disposable macam ni, ada jugak yang dijual.. kita boleh basuh.


5.  Bra menyusu
Bila dah ada breast pad tu, beli laa bra menyusu.  Kan senang.  Bukak je butang kat atas tu then klik je balik untuk tutup.  Beli laa jenis mana yang anda suka.
Mummy suka brand Scarlet kat Jusco tu.  Harga dia dalam RM25 gitu la.  Lupa dah.  Selesaaaa sangat!!


.  
6.  Baju menyusu
Untuk ibu-ibu yang nak menyusu badan untuk sweetheart dia ni, elok sangat beli baju menyusu ni.  Uhh sangat menyenangkan laa bila nak menyusu.  Tak perlu selak-selak.  Tersalah selak pulak kang terselak, malu laa pulak.  Heheh.  Baju-baju ni ada yang mahal dan ada yang murah.  Lebih kurang dari RM40 - RM200+ tau.  Tengok atas kualiti kain, brand, dan jenis-jenis.  Yela, T ke, blause ke, baju kurung ke, jubah ke..
Hari tu, masa Mummy g hanimun dengan ayang.. Mummy boleh susukan baby, ketika tengah dukung baby (pakai pendukung baby) (masa tu, muka baby mengadap ke muka Mummy la).  Susukan baby sambil jalan-jalan lagik.  Uhh senangnnya...


7.  Set besalin
Ni of couse para ibu kena ambil berat.  Ubat apa yang ibu nak makan selepas bersalin nanti.  Banyak sangat ubat-ubat bersalin sekarang.  Tak tau nak pilih macam mana.  Bagus ke tak produk tu, semuanya atas kita sendiri.  Bagi kita praktikal ke tidak, sebab kita yang nak makan dan nak gunakan.  So, fikir.. produk yang macam mana yang kita nak.
Sesetengah orang suka beli satu set.  Sebenarnya kita patut beli apa yang kita nak guna.  Kalau kita nak guna satu set, beli satu set.  Sebab.. nanti membazir.  Belinya satu set tapi kita guna dua tiga barang aje.  Elakkan pembaziran okay.


Mummy pakai produk ni lepas bersalin baby yang latest ni.  Nama dia Ambar Kenanga.  Takder jual kat luar tau.  Sebab kalau kita nak beli produk ni, kita kena order dengan dia.  Katanya nak jaga kualiti produk supaya takder ditiru.  Harga dia RM150.
Pada Mummy, produk ni praktikal.  Mummy tak suka pakai pilis, sapu-sapu minyak tu ni.. badan jadi rimas.  So, produk ni takde semua menda gitu.  Cukup sekadar makan je.  Dia menguatkan badan kita dari dalam.  Uhh senang.


8.  Tungku
Tungku ni memang bagus digunakan selepas bersalin ni.  Dalam tempoh berpantang ni, memang elok badan kita dalam keadaan panas.  Banyak lemak, ataupun darah-darah beku keluar.  Letak kat atas perut, kat area rahim.. untuk kecutkan peranakan.
Kalau zaman dulu, kita guna batu sebagai tungku.  Tapi zaman sekarang, guna je tungku moden.  Cas kat letrik je kejap.  Tahan dalam 2-3 jam.



9.  Bengkung
Ni must buy item.  Kalau tanak perut jadi boroi.. bulat semacam je walhal dah tak pregnant lagi tapi still lagi nampak cam pregnant.  Gunakanlah bengkung ni.  Kalau yang jenis ikat macam tali kasut ni, senang dipakai.  Tapi kalau orang operation, takleh guna bengkung jenis ni.  Kena tunggu jahitan baik benar barulah boleh guna.  Kalau tak .. uhh..
Kat bawah ni bengkung moden namanya.  Biasanya orang baru pas operation boleh laa guna.  Pas operation terus guna pun boleh.  Dia jenis cam srappp je.  Sangat senang pakai.


Kalau tak bengkung nanti sakit pinggang tau.  Kalau dah bengkung, takder laa rasa sakit pinggang.  Ni memang betul tau.  Kena bengkung.  Perut pun kempis.. Kompem!!


10.  Stoking
Jangan lupa pakai stoking tau.. bagi mengelakkan angin masuk ke dalam badan.  Stoking sekarang ni pun dah banyak yang cute-cute.  Geram sangat tengok.


11.  Solcoseryl jelly
Ubat ni bleh beli sendiri kat farmasi.  In kes kalau doktor cuma bagi ubat kuning je (kalau bersalin kat spital gomen).  Ubat ni bleh percepatkan luka jahit di .. kat bawah kiter tu.  Insyaallah jalan kena kepit-kepit, tido kena kepit-kepit.  Tiap masa kena kepit-kepit.  Barulah cepat baik.

P/s:  Ubat-ubat bersalin tu boleh refer kat blog yng Mummy follow KAK ENGKU BIDAN BERSALIN

No comments:

Post a Comment