Wednesday, January 11, 2012

Cinta


Hey cinta,
Ke mana awak nak pergi? Tinggalkan sekeping hati ini seorang diri?
Terasa sendirian tanpa cinta.
Hati ini sunyi hai cinta.

Hai hati,
Cinta ini sepi.  Tanpa hadirnya sekeping hati, yang telah kau miliki dulu.
Tapi sengaja dibiarkan cinta ke tepi, terasing di dunia sendiri.

Hey cinta,
Jiwa ini tak sama jika kau tinggalkan aku.
Nanti jiwa aku kusut tanpa kau di sini.  Bagaimana ingin aku teruskan hidup tanpa mu cinta.
Aku perlukan kau cinta.

Hai hati,
Usah kau susah.
Kau tak perlukan aku, hati.
Kau punya segalanya yang telah kau miliki.  Segalanya cukup untuk mu di sini.
Mungkin kau lebih senang jika tiada aku di sisi.

Hey cinta,
Jangan kau melangkah pergi.
Hidup ku tak sama jika kau tak berada di sini.
Aku rayu kau cinta.
Jangan tinggalkan aku, cinta.
Aku sayang kau cinta.

Hai hati,
Cinta telah retak di sini.
Cinta sedih.
Cinta sepi.
Cinta perlukan sekeping hati untuk melekat di hati.  Tapi hati itu bukan dengan mu, hai hati.
Cinta perlukan hati yang menyayangi cinta.
Hati yang menghargai cinta dengan sepenuhnya.
Bukan dengan mu, hai hati.
Cinta sangat terluka di saat ini.
Cinta perlukan sekeping hati yang selalu berada untuk cinta.. tiap ketika.
Bukan dengan mu hai hati.

Hey cinta,
Retak mu beribu.
Datanglah pada ku, supaya ku ubati luka mu itu.

Hai hati,
Usahlah berjanji jika kau ingin mungkiri lagi.
Janji sebegitu tidak bermakna untuk diri ini.

Hey cinta,
Berilah peluang untuk terakhir kali.
Agar ku ubah..
Aku ingin bahagia dengan mu cinta, untuk ke akhir nanti.

Hai hati,
Kenapa baru sekarang kau sedari.
Ketika cinta ini terlalu dilukai dan begitu payah untuk ku ubati lagi.

Hey cinta,
Kerana kini aku baru mengerti.
Betapa engkau penting untuk ku di sisi.
Penawar hidup dan penyeri diri.
Untuk aku setiap hari..
Akan ku cuba untuk mengamati segala kasih sayang mu untuk diri ini.
Berilah aku peluang untuk terakhir kali
Kerana kau amat beerti.

Hai hati,
Mmmm ok.  Kali ni last tau !!

No comments:

Post a Comment