Friday, January 13, 2012

Masa


Jika masa itu boleh dibeli
Akan ku beli semua masa yang ada
Untuk aku bersama dengan yang tercinta
Selama mana yang aku mahu

Jika masa itu boleh dibeli
Akan ku beli semua masa yang ada
Untuk aku ubah segala yang lampau
Akan ku perbetulkan segala yang salah

Jika masa itu boleh dibeli
Akan ku beli semua masa yang ada
Untuk aku hargai
Setiap detik, setiap saat yang berlalu

Jika masa itu boleh dibeli
Akan ku gadai semua harta
Akan ku jual segala yang ada
Akan ku korban apa sahaja
Hanya untuk masa
Yang sememangnya terus meninggalkan aku
Pergi.. dan terus pergi

Jikalaulah aku boleh membeli masa

No comments:

Post a Comment