Wednesday, August 15, 2012

Iftar dan tahlil di Bangi

12 Ogos yang lepas bersamaan hari Ahad, sebuah majlis Iftar dan tahlil kecil-kecilan telah diadakan di rumah Pok G di Bangi.  Konsep kali ini ialah potluck.  Setiap orang bawak makanan untuk dimakan bersama-sama dan Mummy dah diarahkan untuk membawa steak. 
Sebagai memenuhi permintaan, kitaorang pun siapkan steak ini secara berjemaah.  Terhidanglah steak kambing yang sangat menyelerakan untuk kami berbuka bersama-sama nanti.
Untuk itu, kami pose dulu sebelom keluar dari rumah.  Steak yang penuh satu dulang bersama potato dan koslow.
Humm, kelas ko.. sangat yummy yummy gitew..
Setelah berhempas pulas di jalanan, akhirnya sampai jugak di rumah Pok G di sini.  Bukan sesat.  Cuma amek jalan jauh skit jew.
Anyway, umah Pok G ni ada kat Seksyen 8.  Uhh, untuk peringatan Mummy jugak.  Maklomlah, sejak akhir-akhir ni selalu je terlupa.  Naseb ada PA yang bagus.  Hiii.
Yang kiri dan kanan (kebluran iteww) adalah adik ipar Mummy.  Manakala yang bertudung hijau tu pulak anak sedare belah Encik Asben.
Ini adalah makanan yang telah tersedia dan cuma tunggu masa untuk di-ngapp oleh semua.  Steak kambing ku ada kat atas meja makan tu ha.  Spesel gitew.
*  Besar dah Uwais.. anak Pok G yang lahir hari tu.  Tak sempat Mummy nak close-up untuk di-snapkan pic dia.  Ada dengan Pok G sokmo.  Segan pulak nak interframe.

Diaorang ni kalau dah berjumpa dengan kazen masing-masing memang tak dilayan dah kita ni.  Banyak sungguh yang diaorang nak bercit-cat.  Tak ingat dhonia dah tu.  Sembang aje kejenya.
Ana tu bukak buku sangat tapi sama naik duk bersembang.  Herm..

Pic kat atas ni adalah pic lepas solat Magrib dilaungkan.  Pas makan skit-skit yang lelaki masuk ke dalam untuk solat Magrib berjemaah dan ada tahlil ringkas diadakan untuk arwah Tokma dan Tokbab.  Dan pic kat atas ni adalah keadaan di dalam dan di luar.
Orang pompuan ni terus je continue makan dan makan. 
Puas hati buat steak kalau macam ni hah.  Licin giteww.  Boleh buat lagi laa lepas ni.  Hehehe..
Budak tecit yang berkepala besar, bermata bulat ni ialah anak sedare Mummy yang lahir lewat sebulan dari Aathif. 
Tiut kan!!
Ni pulak scene lepas Solat Magrib dan tahlil.  Semuanya pakat p continue makan lagik.  Sambil berborak dan merancang.
Rancang apa?
Uhh.. iteww adalah rahsia.  Muakakakakaka..
Plan for raya nanti la camane. 

Mata ni pun sampai terkebil-kebil nunggu bila laa nak balik plak ni.  Dah laa Mummy ni jenis tido nye awal. 10.30 malam dah tido dah.  Pergh.. Ngantok betul rasanya.
Then Mummy decide, better Mummy dan rombongan Mummy ni balik dulu lah.  Kang ada tak nampak jalan.  Asek nampak bantal aje.  Dah laa komfeter merah menyala... uhh menaikkan semangat untuk selimut dan tido.  Uhh bahagianya sejak ada komfeter merah menyala ni.
Sesekali kan, bila Mummy letak hempon besar Mummy yang kaler merah jugak tu.. terus takleh detect kat mana hempon Mummy.  Jadi transperen gittteww..
Penangan kaler merah sangat!!

Anyway, sampai umah dalam jam 11 malam.. terus naik katil.

No comments:

Post a Comment