Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Dua kelahiran

Pada 27 Jun 2012 bebaru ini, Rohaya Abdul Rahman telah selamat melahirkan seorang baby girl yang sangat cute seberat 3.32 kg di Hospital Selayang.

Dan inilah wajah cute permata hati Aya dan suaminya.  Semoga Aya dan suami akan bertambah bahagia dengan kehadiran insan baru ini..
Olooo.. cumeynyaa dia.

Dan pada hari ini jugak.. pada waktu pagi 27 Jun 2012, Italy juga selamat melahirkan 5 orang anak yang cute dan tomey-tomey blake.  Walau bagaimana pun 2 ekor dari kitten ni cuma ada 3 kaki sahaja.  Camane tu?  Herm... terima lah dengan hati yang terbuka..

Semoga Italy bertambah bahagia.  Lebih-lebih lagi dengan umah baru ni.. 3 tingkat gitew.  Terima kasih pada big boss yang sponsor umah baru untuk Italy.  Tengkiu sayang.


*  Rindu betul kat Italy ni.  Tak sabar nak tengok Italy dan anak-anaknya..

Thursday, June 28, 2012

Italy's newborn

Pagi semalam, Italy telah selamat melahirkan 5 ekor kitten.  Yeyyy!!  Seronok sangat rasanya sebab Italy dah ada anak baru :P

Ramai betul anak Italy kali ni.  Jika sebelomnya 3 ekor tapi tak panjang umo pulak.. kali ni Allah bagi rezeki lebih buat Italy dengan 5 ekor anak kucing.  Semoga kali ni panjang umo belaka yep.  Mummy pun lom tengok lagi camane keadaan Italy dan anak-anaknya sebab Italy kat kampung dijaga oleh Wan.
Tengok laa wajah keibuan betul Italy ni.  Walaupun dia ni agak penakut tapi penyayang .. Uhh rindunya kat Italy ni.
Anyway, tengkiu to my lovely asben sebab belikan sangkar baru buat Italy dan anak-anaknya.  Kali ni cage yang lebih besar dan selesa buat Italy dan newbornnya yang seramai 5 ekor tu.  Mummy beli online dan suh dia hantar by pos ke kampung.  Cage tiga tingkat ni siap dengan roda giteww.. senang sikit nak ke situ dan sini.
Tapi katanya hari ni baru nak pos.  Yela, semalam baru order dan bayar, kan!

Semoga Italy sihat walafiat di sana.  Sayang sangat Italy ni.  Tak sabar nak balik kampung tengok Italy kat sana..

* Herm, ramai sangat anak Italy ni.. nak letak nama ape epp kali ni? 5 ekor tu..
Think Mummy .. think!!  Yela, nanti Mummy pikir dulu.

Jugak tahniah diucapkan pada Rohaya Abdul Rahman kerana selamat melahirkan 1st baby girl pada jam 9.37 malam.  Datenya sama dengan Italy yang melahirkan juga..

Saturday, June 23, 2012

Italy.. my dear cat.

Entry kali ni pasal kucing yang Mummy jumpa kat Nilai 3 aritu.  Untuk pengetahuan, kucing yang Mummy buh nama Italy ni sungguh aktif.. cute.. manja dan jugak penakot hapahh.  Hehehe.. geli hati betul dengan tingkah laku si Italy ni.

Pada mulanya Italy ni duk ngan Mummy kat sini.  Tapi sebab nak p bercuti aritu, wat balik kat kampung kat Terengganu.  So, buat masa ni Italy duk kat Terengganu.
Yang bestnya Italy pegnen lagik.  Uhh seronok sangat.  Exited Mummy ni nak tunggu anak Italy lahir.  Bape ekor laa agaknya kan.  Kaler apa, etc..
Dulu dah beranak, tapi tak panjang umo la pulak.  Sedih sungguh.

Insyaallah kali ni sihat hendakNya.
Italy pun dah bertambah-tambah gemuk dan still penakot.  Sayang la kat Italy ni.  Rindu betul dengan telatah dia yang sangat mencuit hati ni.

Mummy dah order cage baru untuk Italy.  3 tingkat lagik tau untuk Italy dan anak-anaknya yang bakal lahir nanti.  Harap Italy akan selesa dalam cage yang lebih besar ni.
Tapi cage ni tak sampai lagi.  Senin nanti baru dia nak pos katanya.  Dari Shah Alam tempatnya, Mummy suh dia pos ke Terengganu guna Pos Laju Malaysia...

Monday, April 2, 2012

Italy with Milan, Rome and Venice





My cute Italy dah makin dhemOk sekarang ni.  Kutu telinga di telinganya juga dah bertambah pulih.  Alhamdulillah.. suka sangat dengan perkembangan Italy sekarang ni.
Selain dari itu, Italy pun dah makin ceria sejak tinggal bersama-sama dengan Mummy sekeluarga.  Dah makin aktif bermain, pandai curi perhatian dan makin manja.  Perubahan yang baik.
Apa yang lebih membanggakan, Italy adalah kucing yang sangat mendengar kata.  Patuh giteww.  Walaypun nama Italy ni diberi ketika Italy dah besar.. tapi bila panggil je nama "Italy".. terus je dia datang.  Macam paham-paham aje.
Ni laa keje Italy bila takder orang layan dia.  Risau jugak kot terbalik aquarium kecik tu.  Tapi Italy ni saje, dia acah-acah je.  Then dia melompat-lompat keluar bagaikan ada orang kejar dia .. klakar pulak!!
Ini Milan, Rome dan Venice.
Dulu Mummy tak yakin sangat ketika terpaksa pisahkan dengan ibunya, Italy.  Yela, sebab bagi ubat kutu telinga tu, kena pisahkan susu.. sebab risiko nanti anak mungkin mati jika terus menyusu.
Tapi setelah mereka ini di bawah jagaan Doktor Nabila, Mummy yakin diaorang semua boleh survive.  Mummy mana ada pengalaman dalam menjaga anak-anak kucing menyusu ni.
Tengok laa Venice nyer turn kena minum susu tu.
*  Tetiba Nabila dah naik pangkat jadi doktor veterinar pulak
Ni laa kotak sementara dipisahkan dengan ibunya.  Diaorang bertiga ni duk dalam bilik Nabila buat sementara waktu.  Nanti boleh ketemukan semula dengan ibu diaorang. 
Italy pun nampak cam dah rindu sangat kat Milan, Rome dan Venice.

For info la.
Kalau kita nak jaga anak-anak kucing ni.  Kena laa kita bagi susu kat diaorang.  Susu tepung untuk kucing boleh dibeli kat kedai-kedai Petshop atau klinik veterinar.  Harga tak mahal dalam RM10 per pek je.  Biasanya anak-anak kucing ni tak pandai lagi minum susu dengan botol.  Jadi kitaorang guna shrink yang kecik sekali tu.
Walau bagaimana pun, ada jugak yang pandai minum dengan botol susu tau.

Then apa yang penting, diaorang ni kena keep in warm. 
Biasanya orang letak air panas dalam botol then balut sikit botol tu dengan kain, ikat-ikatkan.. supaya anak kucing tadi tidak terlalu panas kena ngn botol tu.
Tapi dalam Mummy nyer kes, Mummy guna tungku eletrik.  Mummy letak dalam sarung bantal supaya tidak kotor.  Bila dah agak sejuk, charge laa.  Tapi jangan sampai terlalu panas.  Cukup setakat panas yang perlu sahaja.

Jangan lupa lap bontot diaorang dengan kapas + air suam setelah diaorang minum susu nanti.  Anak kucing ni tak pandai lagi nak berak atau kencing tau.. sebab tu laa kita kena lap.
Tapi bila dah pandai, tak perlu lagi.

Sunday, March 25, 2012

Italy and her deliver 20 March 2012


This is Italy's family.
Supercute sangat diaorang ni semua.  Geram sangat tengok.  Anak dia ada 3 ekor semuanya.  Tak dapat dikenal pasti betul-betul lagi sama-ada jantan atau betina.  Takder can lagi nak intai-intai.
Diaorang ni sangat cute dan kuat menyusu.  Italy pun sangat keibuan.  Sayang benor dia kat anak-anak dia.  Tak berapa keluar dari cage .. giteww.
 
ROME
Hampir 90% badan hitam.
MILAN
Ada tompok-tompok putih skit kat badan.
VENICE
Yang ni ikut ibu dia.. Italy.

Harap diaorang cepat besar dan makin comel dan aktif... dan jugak gemokk.

Wednesday, March 21, 2012

Italy dah bersalin





Ingat lagi tak pada Italy??
Kucing yang Mummy amek wat balik dari Nilai 3 tu?

Akhirnya Mummy dah jadi nenek!!
Italy dah selamat melahirkan 3 kitten pada 20 Mac 2012.  Wah seronok betul rasanya.  Tetiba je rasa hepi giler.  Yelah dah lama dah tak de bela kucing beranak.  Kali terakhir... uhh dah lama sangat dah.  Kalau tak silap masa tu sekolah rendah lagi la.
Frust jugak tak dapat tengok detik-detik kelahiran anak-anak Italy ni. 
Anak-anak Italy ada 3 ekor semuanya.. cute dan sangat comel gitew.
Dua ekor ikut warna cam Italy dan lagi sekor kaler hitam.  Mungkin ikut dedi dia kott kaler hitam jugak.
Mummy ingat nak bagi nama Milan, Rome dan Venice.  Heheheheh..

Ape pun Mummy say congratt kat Italy.
Nantilah, Mummy hapdet citer pasal Italy ni.  Nak snap pic diaorang lepas-lepas ni.  Pastu Mummy hapdett ek!!

Nabila last exam at KUIS

16 Mac 2012

Today Nabila ada last paper exam.  Sebab hari ni last day, keluar awal skit.  Dia nak p check-out hostel dulu kan.. then ada paper petang tu.  Then Mummy + Ana + Aqiela + Aakif dan Aathif pun lepak kat Nilai.  Dah niat dah nak g jejalan kat situ.

Hajat di hati nak tukar baju present untuk kawan.  Dah lama niat nak beli sumting kat dia tapi kali ni tercapai jugak hajat di hati ni.
Pastu nak beli satu beg sekolah untuk Aakif ni.  Yela, kat situ kira murah jugak laa kan.  Tapi kalau pandai tawar, lagi laaa dapat murah nyerr.

Sementara tu kitaorang singgah makan kat Marrybrown.  Amek set bubur je.  Sedap jugak bubr dia .. lagi sedap dari McD nyer tau.  Boleh terai makan kat situ pasni yepp.
Ada mesin pilih lagu sebijik kat situ.  Satu lagu 50 sen.
So, Mummy bagi duit ke Ana suh pilih lagu.  Letak duit 50 sen je.. tapi tah macam mana.. lagu terus berdendang dan berdendang lagi.. tak benti-benti jugak.
Lagu ape lagi kalau bukan lagu nustan laa.. 
Mula-mula Mummy riba je Aathif ni.  Tapi payah laa pulak nak makan.  Tangan dia semua benda dia nak pegang.  Amek baby chair aaahh letak kat situ.
Syok pulak dia duk kat situ..
Ni pulak pic dah siap dah makan.  Saje je Ana pose kunon-kunonnya nak bagi air kat Aathif tu.
Lakonan je tau.  Bukan betul.
Mana bley bagi Aathif minum air bergas lagi ...
* Tengok muka Aakif tu.  Dia merajuk nak main menan..
Ni pic kat kedai lain lak tau.
Aakif back to normal again after jumpa baju Angry Bird.  Tak beli pun.  Saje je tu.
Lepas Mummy borong tudung selai kat situ .. (tudung ropol saiz L cuma RM15 je tau) dan Ana dapat Pashmina selai (tawar dapat RM8, kalau tak RM10).. kitaorang jumpe dengan kucing yang cute ni. 
Panjang macam Garfield dulu.. tapiiii female.  Tengah pegnen lak tu.
Berkenan laa pulak.
Sebab berkenan.. Mummy pun bawak balik je kucing ni.  Mintak kotak dengan penjual bangla tu, then dia siap tolong angkut kucing ke kereta lagik.
Terima kasih bebanyak.

Yeyy..  dapat kucing baru.