Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Melawat kedai kain Reine di Anviers


Hari ni Mummy pegi menyibukkan diri dengan join Kak Nur dan Azleen ke kedai kain bernama Reine.  Rupanya di Anvers ni banyak kedai yang patut Mummy datang melawat selama ni.  Uhh, kena datang lagi sini next time.

Lokasinya, bila exit Metro Anvers (line2) cross jalan belah kanan ke arah Merry Go Round.  Jalan tu cam naik bukit skit.  Then turn right,.. Jalan depan skit.  U'll se Reinee shop on ur right.

Kedai ni besar.  Kain-kain kat sini sangat gojes.  Ada yang mahal dan ada yg murah.  Banyak tingkat jugak.  Tapi tade masalah sebab ada lif disediakan untuk orang yang nak borong banyak atau bawak stroller macam Mummy ni.  

Kitaorang naik ke tingkat 2 di mana bahagian alas meja, langsir.  Memang heaven bagi yang jenis sukakan kain.


Time ni Azleen dah rambang mata nak pilih yang mana satu.  Kak Nur plak adalah penasihat yang baik..

Lepas abes semua nak shopping, kitaorang makan di kedai ayam goreng ala KFC.  Lokasi dia.. Kalau dari Reinee tadi, jalan stret aje. Sampai jumpa T junction.  Kat situ ada McD jugak tau.
Dan kedai Ayam Halal tu just across the roas.


Best jugak Mummy datang cuci mata kat sini.  Yela, Mummy tak beli apa-apa pun.  Sebab tu aahh tajuk dia "melawat" aje.


Wednesday, October 10, 2012

Ohh.. love.

Puhh.. berdebu betul blog ni yerp.  Bizi sangat sampai takder masa nak hapdet kali ni.  Maklumlah orang baru je pindah umah.  Kali ni banyak giler nak kemas, nak setel dan nak pikir.  Bab yang guna otak tu laa yang penat sikit jadinya.


Sebenarnya Merdeka bebaru ni Mummy dah pindah ke Kota Cinta.  Yep.. very expensive city gitew.  Sebbab tu la  tader masa nak  online, atau tengok-tengok kat blog orang lain.  Hobi Mummy pun suka jalan-jalan kat blog jugak kan

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan bila semuanya dah selesai.. internet pulak tader kat umah ni.  Nak install internet pun problem jugak sikit.  Untuk pengetahuan rumah ni baru je renovate.  Mungkin ada masalah dengan wiring berkaitan kabel telefon, menyebabkan lambat skit la.
Dan sekarang ni.. yeyy.. dah boleh masuk internet.

Sepanjang Mummy berada di Kota Cinta ni,alhamdulillah syukur.  Allah masih sayangkan Mummy sebagai ummat dia.  Rezeki itu ada, dari segi makan pakai.
Of cos laa tak sama dengan tempat sendiri.  Memang teringat sangat kat tempat sendiri.  Tapi Mummy kena la kontrol.  Buat muka selamba badak je.  (ingat u je ke boleh ego.. ) Hhehe..

Harap sempena berpindah ke Kota Cinta ni tambah-tambah lagi cinta di hati ini berbunga-bunga riang.  Macam pic kat atas tu la.  Depan kedai LV lagi berpose.  Tapi kita tader duit nak beli LV.  Posing depan kedai aje la jawabnya.

Ni posing tengah jalan ni, nasib baik tader kete yang langgar. Hehe.. Nak bergambar dengan Arc de Tromph nye pasal.  Wakakakaka...
* Comelnya Aathif smile.. nak gigit je rasa.

Ni pulak my favaurite dish.  Nama ape tah menu dia.  Tapi berasaskan "maison" atau kepah.  Menu ni Mummy as penggemer cis .. ops, cheese.. suka la. 
Kalau orang tak suka cheese,.. tak payah nak tebengg la.  Muntah la nanti.

Ini adalah acara lompat katak di mana semua orang melompat. 
Execpt for Aathif sebab kat atas stroller.
* Mummy duk pikir nak beli stroller baru.  Dah season ni.. huhu..

Sepanjang jadi warga France ni, dah banyak kali dah Mummy p Disneyland Paris nun.  Kiranya dah boleh hapal dah kat mana ride ni, ride tu. 
Tapi still tak puas okay.  Ada lagi per yang Mummy lom naik.  Yela taim pegi asek-asek Mummy kena jaga Aathif yang kiut ni.  Mana boleh tahan tengok kekiutan Aathif ni.  Tengok laa comelnya dia duk pegang botol air mineral tu.
Oh ye, air mineral je pun dah eu3 sebotol.  Better bawak dari rumah je airnya.  Sama je rege ngn air botol Coke, Oren ke etc..

Model kat atas ni duk tunjuk Eiffel Tower.  Dan untuk pengetahuan, rumah kitaorang pun kat bangunan kiri tu.. tapi kat hujung sekali kat tingkat 1.  Bangunan Eiffel tu terlindung la pulak dengan bangunan umah kat depan sana.  So tak nampak laa Eiffel tu.  Kalau kira dekat je.
Pic ni diambil dari jalan sini.  On da way balik dari Metro station, Argentine.  Kitaorang duk area Neuilly sur Seine.

Wednesday, August 15, 2012

Iftar dan tahlil di Bangi

12 Ogos yang lepas bersamaan hari Ahad, sebuah majlis Iftar dan tahlil kecil-kecilan telah diadakan di rumah Pok G di Bangi.  Konsep kali ini ialah potluck.  Setiap orang bawak makanan untuk dimakan bersama-sama dan Mummy dah diarahkan untuk membawa steak. 
Sebagai memenuhi permintaan, kitaorang pun siapkan steak ini secara berjemaah.  Terhidanglah steak kambing yang sangat menyelerakan untuk kami berbuka bersama-sama nanti.
Untuk itu, kami pose dulu sebelom keluar dari rumah.  Steak yang penuh satu dulang bersama potato dan koslow.
Humm, kelas ko.. sangat yummy yummy gitew..
Setelah berhempas pulas di jalanan, akhirnya sampai jugak di rumah Pok G di sini.  Bukan sesat.  Cuma amek jalan jauh skit jew.
Anyway, umah Pok G ni ada kat Seksyen 8.  Uhh, untuk peringatan Mummy jugak.  Maklomlah, sejak akhir-akhir ni selalu je terlupa.  Naseb ada PA yang bagus.  Hiii.
Yang kiri dan kanan (kebluran iteww) adalah adik ipar Mummy.  Manakala yang bertudung hijau tu pulak anak sedare belah Encik Asben.
Ini adalah makanan yang telah tersedia dan cuma tunggu masa untuk di-ngapp oleh semua.  Steak kambing ku ada kat atas meja makan tu ha.  Spesel gitew.
*  Besar dah Uwais.. anak Pok G yang lahir hari tu.  Tak sempat Mummy nak close-up untuk di-snapkan pic dia.  Ada dengan Pok G sokmo.  Segan pulak nak interframe.

Diaorang ni kalau dah berjumpa dengan kazen masing-masing memang tak dilayan dah kita ni.  Banyak sungguh yang diaorang nak bercit-cat.  Tak ingat dhonia dah tu.  Sembang aje kejenya.
Ana tu bukak buku sangat tapi sama naik duk bersembang.  Herm..

Pic kat atas ni adalah pic lepas solat Magrib dilaungkan.  Pas makan skit-skit yang lelaki masuk ke dalam untuk solat Magrib berjemaah dan ada tahlil ringkas diadakan untuk arwah Tokma dan Tokbab.  Dan pic kat atas ni adalah keadaan di dalam dan di luar.
Orang pompuan ni terus je continue makan dan makan. 
Puas hati buat steak kalau macam ni hah.  Licin giteww.  Boleh buat lagi laa lepas ni.  Hehehe..
Budak tecit yang berkepala besar, bermata bulat ni ialah anak sedare Mummy yang lahir lewat sebulan dari Aathif. 
Tiut kan!!
Ni pulak scene lepas Solat Magrib dan tahlil.  Semuanya pakat p continue makan lagik.  Sambil berborak dan merancang.
Rancang apa?
Uhh.. iteww adalah rahsia.  Muakakakakaka..
Plan for raya nanti la camane. 

Mata ni pun sampai terkebil-kebil nunggu bila laa nak balik plak ni.  Dah laa Mummy ni jenis tido nye awal. 10.30 malam dah tido dah.  Pergh.. Ngantok betul rasanya.
Then Mummy decide, better Mummy dan rombongan Mummy ni balik dulu lah.  Kang ada tak nampak jalan.  Asek nampak bantal aje.  Dah laa komfeter merah menyala... uhh menaikkan semangat untuk selimut dan tido.  Uhh bahagianya sejak ada komfeter merah menyala ni.
Sesekali kan, bila Mummy letak hempon besar Mummy yang kaler merah jugak tu.. terus takleh detect kat mana hempon Mummy.  Jadi transperen gittteww..
Penangan kaler merah sangat!!

Anyway, sampai umah dalam jam 11 malam.. terus naik katil.

Wednesday, August 1, 2012

Berbuka di Masjid

Bebaru ni dalam minggu pertama berpuasa, kitaorang berbuka di masjid kat umah ni haa.. Meriah betul.  Ramai orang dan banyak gilerr makanan.
Tapi sekarang ni, masjid pun dah tak ramai orang dah.  Tah la.

Dah tak best berbuka kat masjid la ni.  Sebab dari mana tah datangnya muka-muka baru yang laparnya tahap kelaparan yang amat.
Dengan merebut-rebut makanan, kutip-kutip.. buh dalam bekas nak buat balik umah!!  Sedangkan orang yang datang berbuka pun belom sempat ada can nak amek.  Sian kat kami-kami yang agak terlewat datang. Kompem takder laa kuih muih untuk mereka.. uhh sian, kan!!

Kalau nak wat balik pun, tunggu laa time orang dah tak nak,... atau dah tak abes takder orang nak makan dah.
Kesian orang yang datang nak makan, tapi takder makanan sebab dah masuk bekas.

Ape pun, anak-anak ku sangat kiutt bila tido.  Yela, masuk kete je tido.  Masuk kete je tido.  Tu la keje diaorang ni.
Penat je cakap sorang-sorang dalam kete.  Alih-alih tengok diaorang dah pengsan belaka.

Rindunya kat Cik Abang Sayang..
Tader kawan nak teman kita cakap nehhh.



Saturday, July 7, 2012

Berbuka di Ikea

Bebaru ni Mummy posa ngn Nabila.  Ana pulak kena tido kat sekolah sebab ada Kem Ibadah kat sekolah.  Disebabkan kawan Mummy, Noni mention sedap sangat meatball kat Ikea.  Then Mummy decided nak p berbuka kat Ikea pada hari tu.

Tengok laa makanan yang Mummy beli khas untuk juadah berbuka kitaorang pada hari itu.  Yam.. yam.. abes dalam RM50.

Ini laaa first time Mummy makan kat foodcourt Ikea ni.  Komen Mummy, Nasi Goreng Ayam kat Ikea ni pedas jugak la.  Pasta dia pun kira boleh la..

Wednesday, June 27, 2012

Hadiah untuk baby Aya

Weekend baru ni pegi ke OU.  Hajat di hati ini nak cari hadiah buat sahabat baik Aya.. yang bakal dapat baby girl dalam jangkamasa terdekat ni.  Lagipun dah lama dah tak g OU.. bawa budak-budak ni keluar jalan sama-sama.



Seronok betul tengok diaorang hepi kan.  Suka lak rasa hati ni.  

Pas dah amek hadiah apa yang diinginkan, kitaorang pun ke kaunter Jusco untuk wrapping percuma.  Err, dah bayar dah tadik.  Nabila pun nak hadiahkan somtim kat kawan dia yang baru je transfer ke alam berdua.
Ni pose Aathif sementara menunggu wrapping kitaorang siap.  Mentang-mentang dah besar dah budak Aathif ni, ada can je kompom dia akan bangun.  Still in training lagi la buat masa ni.  Berani betul dia bangun-bangun le ni.
* Suka sangat dia buat mulut ikan cam gitew.  Ingat cute sangat la tu.  Arrhghh memang cute pun.  

Ini pulak pic budak yang kelaparan pada hari tersebut.  Anda boleh lihat wajah-wajah kelaparan yang lain di bawah ini..
* Aqiela dan headband Minnie Mousenya yang beli kat Disneyland Paris aritu.

* Ana pun nak pose sama... upss.. Nabila dah tak hengat doniya.  Yela, lama dah Mummy tak bawak makan kat Sushi King.

Last but not least, ni pic Aakif duk makan kacang tu.  Pas abeh kacang tu, sambar mi pulak.  Puas hati tengok dia makan hari ni.

Aathif ni Mummy suap dia makan sushi.  Bukan satu ketul tu.  Bahagian ikan salmon tu, Mummy makan.  Aathif makan kat bahagian nasik je.  
Pas makan tu, g kekoh tali pinggang kerusi budak tu pulak.  Uhh.. tak cukup ke Mummy suap??


Macam biasalah.  Sebagai yang paling kecik, selalu sangat Aathif ni kena buli dengan Mummy.  Ni tudung baru yang Mummy beli.  Test sikit kat budak cute Mummy ni.
Uhh sungguh cute jadinya.  Tapi takleh  nak amalkan selalu sebab Aathif kan boy.. bukan girl!!