Showing posts with label Darling. Show all posts
Showing posts with label Darling. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Happy Birthday my dear Love!!

Selamat menyambut tahun baru.  Kejap aje dah masuk 2013.  Umo dah makin meningkat dah.  Memang masa berlalu dengan pantas. 

Hari ni hari istimewa di samping tahun baru.  Yela, my lalink beday lah.  Tiap tahun disambut dengan percikan bunga-bunga api tepat jam 12 tengah malam oleh satu dhonia.. termasuklah pakcik-pakcik yang jual ayam percik tu.  Tutup awal kedainya sebab nak pegi tengok percikan bunga api kat dataran.

Hari ni kitaorang p bekpes kat Leha Kelfood kat Gombak nun.  Terus terang kedainya agak mahal.  Especially kalau kita amek nasi berlauk.  Sedap tu ok la.. tapi kalau murah sikit barulah padan.  Roti canai kat sini sedap.  Harga dia standard cam roti canai kedai lain-lain jugak lah.

Then kitaorang heading to Jusco Wangsa Maju.  Sebenarnya misi untuk mencari kasut Ben10 yang baru kat Aakif ni.  Opps, yang berlampu tau. 
Jusco One Utama, Jusco Midvalley.. semua tader saiz 31.  Abeh dah.
Harap ada laa kat Jusco Wangsa Maju ni.

Alhamdulillah.. ada!!
Giler happy.  Terus laa sambar untuk Aakif saiz 31 dan juga beli untuk Aathif sekali.  Design lain la.  Aathif punya Thomas tu.. saiz 24.  Berlampu jugak!!
Aakif nyer dalam RM70 manakala Aathif lak RM40.  Uhh, kalau Abohnya yang pilih selalu budget besar.  Mummy ni budget kecik aje.  Huhuhu..
Selain tu ada jugak la shopping sikit pakaian untuk Aboh.. cam seluar, kemeja.. etc.

Then kitaorang p makan kat KFC.  Lama giler tak makan ayam goreng bersalut yang digoreng lazat cicah pulak dengan sos cili Thai.  Uhh giler kejap rasanya.
Mummy kutip kulit ayam aje dari diaorang ni.  Tak ler banyak sangat sebab dah kenyang makan Nasi Hujan Panas kat Leha Kelfood tadik. 
Tapi banyak giler Mummy minum air.  Dahaga siott!!

Pastu balik la umah.. penat jugak jejalan.

Malam keluar balik p OU kejap.  Beli kek untuk beday someone ni la.  Hahaha.. seronok makan kek Blueberry.. 


Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to my love..
Happy birthday to you..

Im wishing all the best for my love deep from my heart.
I love you always and everr..... giteww...
Muah.. muahss

Monday, October 22, 2012

Direction to Pont de Sevres Montreuil's fleas market

I like to share one of my favorite shopping places at Paris.  Everyone love fleas market, especially me!  Okay.. here's the direction.

Take METRO LINE 1 and stop at NATION for transit to METRO LINE 9 and stop at PORTE de MONTREUIL
Make sure you go to the exit NUMBER 2.

Then you just walk straight and you will cross about 4 road.
Another main marked is you will find a Carrefour in front of the fleas market.

Tadaa..
Now you arrived  at the fleas market.  Here's a lot of stuff to choose.  Great price too.

From bundle and new..
Also from eu1 and above!!
So make a right decision!!..

Im really enjoyed being shopping here and i will be coming here again and again.

Wednesday, May 2, 2012

Tengkiu Sayang ku

Tak tahulah hadiah ini sempena apa.  Yang penting Mummy suka.  Suka sangat sampai tahap gila babas.  Tahap gaban gitew.

Terima kasih darling.
Pemberian ini sangat berharga bagi Mummy yang jakun ni.
I love u..

Monday, February 13, 2012

Baby Aathif dah besar

Sekejap je rasanya masa berlalu membuatkan kita antara sedar atau tidak, masa dah berlalu dengan banyak sekali.
Uhh..
Kali ni Mummy tengok baby Aathif dah makin chubby dan supercute sekali.  Hepi sangat bila tengok.  Dah boleh pakai jeans, dah boleh pakai kemeja.. hehe.. siap baju bola lagi.  Anak lelaki laa katakan.

Apa yang paling penting, anak-anak adalah satu anugerah yang tak terulung nilainya.  Hargai lah sementara Allah bagi pinjam kat kita.  Dan kita mestilah ingat, tak semua orang dapat menikmati anugerah sebegini indah.

Tiap kali memandang wajah comel ini, teringat pada Aboh nye.  Herm.. memang mirip betul diaorang ni.  Apa yang miripnya?? Herm.. antaranya yang ini..
TADAAAAA....

Inilah kaki Aboh.  Uhh.. sebijik.  Cam potostepp je ibu jari kaki tu.  Manakala yang lain tu, Mummy simpan je lah.
I love you dear.. so much!

Senyuman Aathif yang paling menawan ketika usia 4 bulan.  Fuiiyoo..

Tuesday, January 10, 2012

Date??

Malam ni Mummy ada date dengan Ayang..
Jangan jeles...
Lobiu .. muahxx!!

Wednesday, November 23, 2011

Our Honeymoon

My lovely honeymoon went smoothly at Tokyo, Japan. Uhh.. im still remembered the first honeymoon. He brought me here about two weeks. But during our 2nd honeymoon, just only 4 days here. But im enjoyed very much.
This is our cafe at the hotel. Machine ticket on your left tu sebenarnya untuk beli voucher breakfast. Oleh sebab kitaorang duk hotel ni tak termasuk breakfast, kena beli laa voucher untuk breakfast tu dulu. Baru boleh makan.
Breakfast kat hotel ni Y1000, so masukkan je duit dalam machine tu dan click untuk voucher breakfast. Pastu bagi kat orang jaga kat pintu tu. Baru boleh pi makan.
Ameyayokocho Street tu letak dia kat area Ueno Station. Banyak betul barang-barang dijual. Sebenornya kedai-kedai dia tu bawah train station je. Pasar pun ada kat sini. U olls can find some fresh fish, squid and others. Ayam tu.. takder nampak laa pulak yep.
Takeshita Street tu pulak jauh skit. Alaa.. tak de mende sangat kat sini. Lagi banyak barang-barang kat Ameyayokocho Street tu lagik.
Aathif pun nak posing area Ueno Station. Bagi can laa kan.
I hope our love didn't end here. There's so much love for you inside this tiny heart.

Tuesday, November 15, 2011

Kebahagiaan itu milik aku

Lama betul rasanya tak menghupdet blog ni. Antara maleh nak hupdet dengan ipad yang canggih ni ha dengan takleh nak masuk gambonyer. Muahahahaa..
Bizi pun ada jugak seposen dua. Melayan karenah baby comel ku ini, campur pulak nak layan perasaan lagikk. Mana laa sempat dek non oii. Tu blom dengan rutin harian, masak.. membasuh dan sebagainya.

Kali ni just nak share. Rasa bahagia sangat dengan kehadiran baby tecik yang comel ni.
Kebahagiaan yang tak dapat nak dibayangkan pada semua orang. Hmm.. walaupun ni bukanlah kali pertama bergelar Mummy in da house, tapi perasaan gembira itu tak dapat nak digambarkan.
Setiap kali melihat wajah baby, dan setiap kali menyusukan baby.. jiwa yang sangat tenang dan berbunga-bunga sekali.
Mungkin inilah rahmat Allah, kelahiran baby ini untuk keluarga ini. Alhamdulillah, syukur yang amat.

Semoga bahagia itu tetap menjadi milik kita bersama, untuk selamanya.

* Diharapkan Amir berjaya menjawab semua soalan SPM dengan betul, dan mendapat result yang bagus, diikuti menjadi anak yang soleh pada keluarga, agama dan negara.