Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Disneyland

Last week kitaorang p jenjalan ke Disneyland.  Best la pulak sebab p tengok car stunt show ni.  Sebelom ni tak pernah perasan pun ada show best giler macam ni..

Jum layan pic kitaorang snap..

 



Sementara beli gambar ride yang kitaorang naik, sempat pose sekejap dalam  kedai survenir..



Tuesday, January 1, 2013

Happy Birthday my dear Love!!

Selamat menyambut tahun baru.  Kejap aje dah masuk 2013.  Umo dah makin meningkat dah.  Memang masa berlalu dengan pantas. 

Hari ni hari istimewa di samping tahun baru.  Yela, my lalink beday lah.  Tiap tahun disambut dengan percikan bunga-bunga api tepat jam 12 tengah malam oleh satu dhonia.. termasuklah pakcik-pakcik yang jual ayam percik tu.  Tutup awal kedainya sebab nak pegi tengok percikan bunga api kat dataran.

Hari ni kitaorang p bekpes kat Leha Kelfood kat Gombak nun.  Terus terang kedainya agak mahal.  Especially kalau kita amek nasi berlauk.  Sedap tu ok la.. tapi kalau murah sikit barulah padan.  Roti canai kat sini sedap.  Harga dia standard cam roti canai kedai lain-lain jugak lah.

Then kitaorang heading to Jusco Wangsa Maju.  Sebenarnya misi untuk mencari kasut Ben10 yang baru kat Aakif ni.  Opps, yang berlampu tau. 
Jusco One Utama, Jusco Midvalley.. semua tader saiz 31.  Abeh dah.
Harap ada laa kat Jusco Wangsa Maju ni.

Alhamdulillah.. ada!!
Giler happy.  Terus laa sambar untuk Aakif saiz 31 dan juga beli untuk Aathif sekali.  Design lain la.  Aathif punya Thomas tu.. saiz 24.  Berlampu jugak!!
Aakif nyer dalam RM70 manakala Aathif lak RM40.  Uhh, kalau Abohnya yang pilih selalu budget besar.  Mummy ni budget kecik aje.  Huhuhu..
Selain tu ada jugak la shopping sikit pakaian untuk Aboh.. cam seluar, kemeja.. etc.

Then kitaorang p makan kat KFC.  Lama giler tak makan ayam goreng bersalut yang digoreng lazat cicah pulak dengan sos cili Thai.  Uhh giler kejap rasanya.
Mummy kutip kulit ayam aje dari diaorang ni.  Tak ler banyak sangat sebab dah kenyang makan Nasi Hujan Panas kat Leha Kelfood tadik. 
Tapi banyak giler Mummy minum air.  Dahaga siott!!

Pastu balik la umah.. penat jugak jejalan.

Malam keluar balik p OU kejap.  Beli kek untuk beday someone ni la.  Hahaha.. seronok makan kek Blueberry.. 


Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to my love..
Happy birthday to you..

Im wishing all the best for my love deep from my heart.
I love you always and everr..... giteww...
Muah.. muahss

Saturday, December 15, 2012

Melawat kedai kain Reine di Anviers


Hari ni Mummy pegi menyibukkan diri dengan join Kak Nur dan Azleen ke kedai kain bernama Reine.  Rupanya di Anvers ni banyak kedai yang patut Mummy datang melawat selama ni.  Uhh, kena datang lagi sini next time.

Lokasinya, bila exit Metro Anvers (line2) cross jalan belah kanan ke arah Merry Go Round.  Jalan tu cam naik bukit skit.  Then turn right,.. Jalan depan skit.  U'll se Reinee shop on ur right.

Kedai ni besar.  Kain-kain kat sini sangat gojes.  Ada yang mahal dan ada yg murah.  Banyak tingkat jugak.  Tapi tade masalah sebab ada lif disediakan untuk orang yang nak borong banyak atau bawak stroller macam Mummy ni.  

Kitaorang naik ke tingkat 2 di mana bahagian alas meja, langsir.  Memang heaven bagi yang jenis sukakan kain.


Time ni Azleen dah rambang mata nak pilih yang mana satu.  Kak Nur plak adalah penasihat yang baik..

Lepas abes semua nak shopping, kitaorang makan di kedai ayam goreng ala KFC.  Lokasi dia.. Kalau dari Reinee tadi, jalan stret aje. Sampai jumpa T junction.  Kat situ ada McD jugak tau.
Dan kedai Ayam Halal tu just across the roas.


Best jugak Mummy datang cuci mata kat sini.  Yela, Mummy tak beli apa-apa pun.  Sebab tu aahh tajuk dia "melawat" aje.


Monday, October 22, 2012

Direction to Pont de Sevres Montreuil's fleas market

I like to share one of my favorite shopping places at Paris.  Everyone love fleas market, especially me!  Okay.. here's the direction.

Take METRO LINE 1 and stop at NATION for transit to METRO LINE 9 and stop at PORTE de MONTREUIL
Make sure you go to the exit NUMBER 2.

Then you just walk straight and you will cross about 4 road.
Another main marked is you will find a Carrefour in front of the fleas market.

Tadaa..
Now you arrived  at the fleas market.  Here's a lot of stuff to choose.  Great price too.

From bundle and new..
Also from eu1 and above!!
So make a right decision!!..

Im really enjoyed being shopping here and i will be coming here again and again.

Sunday, October 14, 2012

Gigit kuku

 
Sepanjang Mummy duk kat sini, antara perkara yang tak best Mummy tengok adalah "gigit kuku".  Mana-mana Mummy pegi, ada aje Mummy jumpa orang duk gigit kuku macam muka kat atas ni.  Walhal muka ensem, kiutt.. tapi sesekali gigit kuku daaa..

Pastu bila Mummy perhatikan kuku tangan dia.. uhh terus je rejek!!  Eeeuuww.. buruknya kuku tangan dia.  Macam pic kat bawah ni.

Orang macam ni sure laa pengotor kan.  Teruknya..  geli tengok.

Patut laa Aqiela cakap.. "Mummy, orang kat sini kan tak perlu nak potong kuku dengan nail clipper tau Mummy sebab diaorang gigit je kuku diaorang."
Terus je  Mummy jawab.. "Kita tak bley gigit kuku kita macam tu.  Kena potong dengan nail clipper sebab kat kuku banyak kuman-kuman.  Tangan kita kan pegang merata-rata.  Sebab tu laa bila nak makan, kena basuh tangan bersih-bersih dulu."

Di celah-celah kuku kita ni sebenarnya boleh mengandungi pelbagai jenis debu, bakteria, virus dan juga telor cacing.  So, jangan gigit yep. 
Jangan lupa untuk selalu membasuh tangan anda dengan bersih especially bila nak makan tau..

Wednesday, October 10, 2012

2012 Mondial de L'automobile 29 Sept - 14 Oct

Weekend baru ni kitaorang p tengok pameran kete kat Porte de Versailles.  Nak masuk ni kena bayo eu14 adult.  Mummy tatau sebenarnya.. tentang rege-rege ni.  Ingatkan free je.  Ikut aje lah.  Rupa-rupanya kena bayo.  Lalink tak cakap ape-ape pun.  Sebenarnya dia dah buat preparation dari awal dah.  Beli online kut tenet je senang.  Print resit dia.. then setel.

Ada sorang stranger kat dalam pic tu. 
Dia tu sebenarnya kawan Lalink.. Cik Mat nama dia.  Suka sangat duk layan Aakif main.  Dia datang sini ada keje sikit, then mai stay ngn kitaorang selama 4 hari. 

Ni baru je masuk dalam showroom ni.  Ramai giler orang rupanya.  Nak tolak stroller pun susah gak ah.  Semua berterak nak amek gambar dengan kete. 

Semua kete kat sini gojes-gojes belaka.  Termasuk laa kete kat atas siling belakang Aqiela tu.. then pic satu lagi close-up pic kete atas siling tu.

Sanggup  duk dalam menda alah tu, nak promote produk masing-masing nyer pasal.

Cara diaorang decorate tempat ni sangat stylish gitew.  Macam-macam gaya nak tarik orang supaya fokus kat kete masing-masing.
Pic dua keping kat atas ni sebenarnya Mummy amek dari skrin besar kat dinding.. dia fokus kamera dari atas siling then  paparkan kat skrin semua orang yang duk melawat keta dia yang kat bawah ni..

Adam nama kete ni.  
Ni lak Mummy pose dengan Aathif kat kete tak siap.
Hehe..
Sebenarnya nak tunjuk ruang enjin kat depan tu.

Yang ni lak, Aqiela duk pose dengan kete Transformers.

Anyway, seronok jugak datang ke car showroom ni.  Mula laa berangan nak kereta yang mana satu.  Muahahaha..
Berangan aje la.  Nak beli tak mampu.. sebab semua kete gojes-gojes belaka dari segi rm.. rm.. rm..

So, pas tu kitaorang p makan beriani, solat, jejalan skit then balik umah.  Lenguh pinggang duk dukung budak debab Mummy sorang ni..
Nasib baik kiut, kannn


Wednesday, July 11, 2012

Rombongan sekolah Aqiela melawat Pusat Sains Negara

Hari ini, sekolah Aqiela ada rombongan melawat ke Pusat Sains Negara sempena ada Pameran Dinasour Live!!  Mummy pun rasanya terpanggil untuk ikut sama rombongan sekolah Aqiela ni.  Then Mummy decide untuk follow dengan kereta.  Lagipun kitaorang tak pernah lagi sampai ke sini.

Meriah betul ketika rombongan budak-budak sekolah diaorang ni.  Pening pala cikgu-cikgi nak menghandlekan semua ni ha.  Kecoh sungguh!!
Aathif tak berapa sihat sangat hari ni.  Demam ckit.  Tapi alhamdulillah semakin ok dah.  Bagus dan tak merengek pun.  Aathif kan hebat!!
 
Cayalah!! Kitaorang posing dengan T-rek.  Macam dalam citer yang muzium tu je.. yang semua patung, T-rek, hidup belaka tu.. Citer ape ek? Lupa dah.

Walau bagaimana pun, Mummy tak sempat sangat nak snap pic Aqiela ni.  Diaorang ni asek-asek lesap je.  Tak sempat nak kejar dengan stroller bagai.  Kena praktis lagik ni.  Memang fail kalau jadi mummyrazzi ni.  Selalu je terlepas citer hot kanggg.. Kejap je dah kena fired!

Sesungguhnya Aqiela agak fames kat sekolah.  Rata-rata kawannya memanggil namanya di situ, sini..
Semuanya Aqiela.. Aqiela.. Aqiela..

Sweet je diaorang ni bila amek gambar.  Realitinya tak laa sebagus ni.  Macam anjing ngn kucing aje.  Huhh.. pening pala sokmo Mummy ni.

Dan kini tiba laa kami masuk ke Dinosaurs Live!
Ingatkan amende yang live nya.  Rupanya dinasor tu bergerak-gerak rupanya.  Libas ekor, nganga mulut, goyang kepala..

Anak jantan macho Mummy yang sorang ni.. agak penakut sebenarnya.  Dia tanak bergambar ngn dinasor yang gerak-gerak tu.  Ingat betul kutt...

Agak ramai orang dalam ni.  Bersesak-sesak.
Sebenarnya ramai rombongan sekolah-sekolah datang pada hari ini.  Sebab tu laa ada badut, magician, dan persembahan lain kat sini pada hari ini.  Banyak betul bas yang datang hangkut budak sekolah.. 

Manja je darling Mummy yang tiut ni hari ni.  Uhh.. Mummy sayangg...

 Lawak betul laa Aathif ni.  Suka sangat laa buat mulut Zoolander.  Naseb kiut.

Apa pun Mummy rasa seronok jugak datang ke sini.  Especially bila teacher Aqiela lepas balik awal.  Kitaorang pun terus ke Ikea, shopping.  Hehehe.. lagi laa epi Mummy ni.

Dan pic kat bawah ni laa antara yang datang ke Pusat Sains Negara pada hari ini.  Ramai lagi tau... sebab ada 5 buah bas.