Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Ohh.. love.

Puhh.. berdebu betul blog ni yerp.  Bizi sangat sampai takder masa nak hapdet kali ni.  Maklumlah orang baru je pindah umah.  Kali ni banyak giler nak kemas, nak setel dan nak pikir.  Bab yang guna otak tu laa yang penat sikit jadinya.


Sebenarnya Merdeka bebaru ni Mummy dah pindah ke Kota Cinta.  Yep.. very expensive city gitew.  Sebbab tu la  tader masa nak  online, atau tengok-tengok kat blog orang lain.  Hobi Mummy pun suka jalan-jalan kat blog jugak kan

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan bila semuanya dah selesai.. internet pulak tader kat umah ni.  Nak install internet pun problem jugak sikit.  Untuk pengetahuan rumah ni baru je renovate.  Mungkin ada masalah dengan wiring berkaitan kabel telefon, menyebabkan lambat skit la.
Dan sekarang ni.. yeyy.. dah boleh masuk internet.

Sepanjang Mummy berada di Kota Cinta ni,alhamdulillah syukur.  Allah masih sayangkan Mummy sebagai ummat dia.  Rezeki itu ada, dari segi makan pakai.
Of cos laa tak sama dengan tempat sendiri.  Memang teringat sangat kat tempat sendiri.  Tapi Mummy kena la kontrol.  Buat muka selamba badak je.  (ingat u je ke boleh ego.. ) Hhehe..

Harap sempena berpindah ke Kota Cinta ni tambah-tambah lagi cinta di hati ini berbunga-bunga riang.  Macam pic kat atas tu la.  Depan kedai LV lagi berpose.  Tapi kita tader duit nak beli LV.  Posing depan kedai aje la jawabnya.

Ni posing tengah jalan ni, nasib baik tader kete yang langgar. Hehe.. Nak bergambar dengan Arc de Tromph nye pasal.  Wakakakaka...
* Comelnya Aathif smile.. nak gigit je rasa.

Ni pulak my favaurite dish.  Nama ape tah menu dia.  Tapi berasaskan "maison" atau kepah.  Menu ni Mummy as penggemer cis .. ops, cheese.. suka la. 
Kalau orang tak suka cheese,.. tak payah nak tebengg la.  Muntah la nanti.

Ini adalah acara lompat katak di mana semua orang melompat. 
Execpt for Aathif sebab kat atas stroller.
* Mummy duk pikir nak beli stroller baru.  Dah season ni.. huhu..

Sepanjang jadi warga France ni, dah banyak kali dah Mummy p Disneyland Paris nun.  Kiranya dah boleh hapal dah kat mana ride ni, ride tu. 
Tapi still tak puas okay.  Ada lagi per yang Mummy lom naik.  Yela taim pegi asek-asek Mummy kena jaga Aathif yang kiut ni.  Mana boleh tahan tengok kekiutan Aathif ni.  Tengok laa comelnya dia duk pegang botol air mineral tu.
Oh ye, air mineral je pun dah eu3 sebotol.  Better bawak dari rumah je airnya.  Sama je rege ngn air botol Coke, Oren ke etc..

Model kat atas ni duk tunjuk Eiffel Tower.  Dan untuk pengetahuan, rumah kitaorang pun kat bangunan kiri tu.. tapi kat hujung sekali kat tingkat 1.  Bangunan Eiffel tu terlindung la pulak dengan bangunan umah kat depan sana.  So tak nampak laa Eiffel tu.  Kalau kira dekat je.
Pic ni diambil dari jalan sini.  On da way balik dari Metro station, Argentine.  Kitaorang duk area Neuilly sur Seine.

Wednesday, January 11, 2012

Cinta


Hey cinta,
Ke mana awak nak pergi? Tinggalkan sekeping hati ini seorang diri?
Terasa sendirian tanpa cinta.
Hati ini sunyi hai cinta.

Hai hati,
Cinta ini sepi.  Tanpa hadirnya sekeping hati, yang telah kau miliki dulu.
Tapi sengaja dibiarkan cinta ke tepi, terasing di dunia sendiri.

Hey cinta,
Jiwa ini tak sama jika kau tinggalkan aku.
Nanti jiwa aku kusut tanpa kau di sini.  Bagaimana ingin aku teruskan hidup tanpa mu cinta.
Aku perlukan kau cinta.

Hai hati,
Usah kau susah.
Kau tak perlukan aku, hati.
Kau punya segalanya yang telah kau miliki.  Segalanya cukup untuk mu di sini.
Mungkin kau lebih senang jika tiada aku di sisi.

Hey cinta,
Jangan kau melangkah pergi.
Hidup ku tak sama jika kau tak berada di sini.
Aku rayu kau cinta.
Jangan tinggalkan aku, cinta.
Aku sayang kau cinta.

Hai hati,
Cinta telah retak di sini.
Cinta sedih.
Cinta sepi.
Cinta perlukan sekeping hati untuk melekat di hati.  Tapi hati itu bukan dengan mu, hai hati.
Cinta perlukan hati yang menyayangi cinta.
Hati yang menghargai cinta dengan sepenuhnya.
Bukan dengan mu, hai hati.
Cinta sangat terluka di saat ini.
Cinta perlukan sekeping hati yang selalu berada untuk cinta.. tiap ketika.
Bukan dengan mu hai hati.

Hey cinta,
Retak mu beribu.
Datanglah pada ku, supaya ku ubati luka mu itu.

Hai hati,
Usahlah berjanji jika kau ingin mungkiri lagi.
Janji sebegitu tidak bermakna untuk diri ini.

Hey cinta,
Berilah peluang untuk terakhir kali.
Agar ku ubah..
Aku ingin bahagia dengan mu cinta, untuk ke akhir nanti.

Hai hati,
Kenapa baru sekarang kau sedari.
Ketika cinta ini terlalu dilukai dan begitu payah untuk ku ubati lagi.

Hey cinta,
Kerana kini aku baru mengerti.
Betapa engkau penting untuk ku di sisi.
Penawar hidup dan penyeri diri.
Untuk aku setiap hari..
Akan ku cuba untuk mengamati segala kasih sayang mu untuk diri ini.
Berilah aku peluang untuk terakhir kali
Kerana kau amat beerti.

Hai hati,
Mmmm ok.  Kali ni last tau !!