Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Asal usul babi, tikus dan kucing

Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan. Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.

Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.

KEJADIAN KUCING DAN TIKUS

Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.

Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.

MASALAH 1:

Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah Azzawajalla.

"Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini"

Maka Allah Azzawajalla berfirman:

"Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini"

Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa sedikitpun.

KEJADIAN TIKUS

Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.

Tikus

MASALAH 2

Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:

"Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini"

KEJADIAN KUCING

Maka Allah Azzawajalla berfirman:

"Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu"

Kucing

Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.
 

Saturday, June 23, 2012

Konvo Haji

Hari ni last class untuk kelas haji pada tahun 1433H.  So, during last class ni ada kitaorang buat praktikal untuk bakal-bakal haji lebih memahami konsep mengerjakan haji dan umrah ini.  Interesting tau.  Ada Kaabah, Hijir Ismail .. lengkap gitew.

Kelas yang bermula lambat iaitu jam 4 petang.  Ustaz mai lambat.  Uhuhu.. biasanya jam 2.30 petang tu dah setat dah kelasnya.

Dan disebabkan hal yang demikian, setat lambat.. abes lambat laa jawabnya.  Ending kelas kitaorang ni abeh jam 6.30 petang.
* Risau sungguh kat Aathif kat umah.  Lama sangat tinggal kut dia nak susu.  Tapi alhamdulillah takdepe.
Biasalah, disudahi dengan sessi bergambar kenang-kenangan gitew..

Mummy yang gojes ni sure laa duk kat tempat yang paling strategik gitew.  Uh comel sungguh Mummy masa last class ni.  Melaram laa skit sebab dah last class ni kan.
Dan yang paling best, ada makcik tu sorang tanya.. umo bape? Mummy suh laa dia agak-agak.  Pastu dia jawab.. 24? 26?..
Ketika itu jugak laa Mummy tau yang rupanya Mummy ni awet muda sungguh rupanya.

Aauuuww..  Ai like.

Thursday, June 14, 2012

Lisan

Lama benar rasanya Mummy tak mengapdet blog. Nak sangat menulis sebenarnya tapi bizi je manjang. U tau je la kan.. Mummy ni kan wanita berkerjaya. Mana nak masterchef kat dapo, mana nak bodyguard anak-anak, asben, nak dapatkan stok barang basah dan tak basah.  Kerjaya fashionista tu kena amek berat jugak kan.  Yela, sebagai stailist.. memang perlulah menda-menda tu semuja.

Apa yang pasti, lately sangat bizi.  Uhh penat.
Sape laa nak jadi tukang urut ni ha.. Meh sini. Meh.
ser
Dan sebenarnya yang berlaku dalam kitaran hidup kita, memang sangat berkait.  Terutama sekali dengan adab kita menjaga lidah untuk berkata.  Sebab tu dalam hadis pun banyak diperkatakan tentang adab menjaga lidah ni.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau kalau tidak dapat berkata yang baik, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja"

Dari Sahl bin Sa'ad r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepada ku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua belah rahangnya (yakni mulut) serta antara kedua belah kakinya (yakni kemaluannya), maka saya memberikan jaminan syurga untuknya".

Hebat betul kan!
Persoalannya apa kaitan semua ni dengan kita hari ni?
Allah buat semua bersebab. Dan kita saja yang degil, tanak dengar dan ikut.

Ramai juga orang jadi pendiam, mungkin sebab hadis tadi.  Tapi malangnya bila dia bercakap, lidah dia lagi tajam dari pisau.  Dengan bahasa kesat, nadanya tinggi, atau kata-kata perli yang menyakitkan hati.  Di sini kita sendiri boleh nampak, dia tak ada istimewanya dengan orang lain.
Begitu juga dengan orang yang menggunakan lidahnya untuk menipu.  Ramai benar yang menipu sekarang ini.  Istilah tipu sunat sememangnya tidak pernah wujud sama sekali.  Semuanya untuk menyelamatkan diri buat sementara waktu.  Ataupun sekadar mahu nampak hebat di pandangan orang lain.  Iya, mungkin.  Tapi kebenaran selalu saja terbongkar.  Cuma dengan cepat atau lambat sahaja.

For me, it's look so stupid when u do cheating people that already knows.

Kenapa boleh jadi macam tu?
Jawapannya cukup senang dan tapi payah untuk diterima.
Sebabnya dia masih lagi kurangnya ilmu di dada.  Asas agama Islam perlulah diperbaiki.  Sebabnya Islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi biadap walaupun kita di dalam situasi mana sekali pun.

Saturday, March 24, 2012

Congratt Amir 6A 6B for SPM

Tahniah Amir.. sebab dapat result bagus dalam SPM bebaru ini.  Diharapkan semoga Amir lebih berjaya pada masa akan datang.
Dan Mummy juga mengharapkan agar Amir lebih matang dalam membuat keputusan dalam apa jua keadaan.  Taati Allah, patuh pada kedua ibubapa.. selagi tak bercanggah dalam Islam.

"Dan Tuhan mu memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu-bapa.  Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada kedua-duanya dengan perkataan 'aaah' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang baik"
(Surah al-Isra' ayat 23)

Dan hadis yang diriwayatkan Abu Daud daripada Abu Usaid al-Sai'di, disebutkan ada seseorang datang kepada Nabi dan bertanya,
"Apakah masih ada kewajipan berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa saya sesudah mereka meninggal?"
Nabi SAW menjawab,
"Ya.  Berdoa dan memohon ampun kepada keduanya, melaksanakan pesannya, dan menghubungkan tali silaturrahim kepada mereka yang tidak terjadi hubungan kekeluargaan tanpa kedua-duanya, dan berbuat baik atau menghormati temannya"

* Ibubapa meninggal pun kena taat jugak..