Showing posts with label Deep inside. Show all posts
Showing posts with label Deep inside. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Berjiwa pulak dah..

Tah la  nape, kali ni berjiwa pulak Mummy kali ni. 

Kita selalu je mengharapkan yang terbaik, terbagus, dan segala yang elok-elok aje lah untuk diri kita.  Pastu, yang obviousnya.. apa yang buruk pada orang selalu je kita nampak.  Cam ada highlight pulak kat badan diaorang tu.. menyebabkan kita nampak terus.
Itulah masalahnya. 
Yela, selalu je bila kena kat diri sendiri baru laa rasa camane. 

Benci betul rasanya bila kita kena mention banyak kali kat orang supaya paham, reti dan buat seperti apa yang disuruh.
Nape laa suka sangat bertangguh?

Kalau tak suka orang buat macam tu kat kita, ples.. jangan buat macam tu kat orang laen.

* nak sejukkan hati yang panassssss ni.

Tuesday, June 19, 2012

Mummy sepi..

Hari ni Mummy masak nasi ayam.  Lama benor tak makan nasi ayam yang Mummy sendiri masak. Makan kat kedai tu apa lah sangat nasi ayamnya tu.  Bukannya sedap sangat banding Mummy nyer nasi ayam ni kan.  Of couse laa Mummy nyer lagi sedap gitew..
Yelah, inilah kasih sayang seorang ibu.  Walaupun adakalanya tak reti nak cakap.. "SAYANG" atau pun nak tunjuk apa itu sayang..
Melalui masakan pun sebenarnya adalah satu cara ibu nak bagitau dia sayang kat kita.
Sebab tu lah, ibu selalu je tanya.. nak makan ape arini?  Sebab dia nak masak apa yang kita nak.  Tapi kita ni tak pernah nak faham, kasih sayang yang cuba ditunjukkan olehnya.
(Mama.. i miss u)


Sejak balik bercuti masa cuti sekolah baru ni, jiwa ni rasa cam malas aje.  Uhh.. mana nak buat tu, ni.  Herm.. yang penting bilik air Mummy yang dalam bilik tu dah bersih gila babas dah.  Tengkiu to my new berus yang dibeli kat Giant baru ni.  Memang sampai kat celah-celah sliding bathtub tu.  Kini takder lagi kesan-kesan yang menggelikan.  Dulu berus yang ada tu tak dapat nak masuk kat celah tu.  Yelah, celah sliding bathtub tu kecik sangat.  Mana muat!

Aqiela pulak, tak tau laa dia ni pegi sekolah buat apa.  Berenang ke, bergusti ke, atau berguling-guling dalam kelas.  Baju sekolah dia tu memang kotor tahap gaban laa.  Setiap kali masuk dalam mesin basuh tu, tak jadi ape.  Kena basuh ngan tangan baju dia ni.  Termasuk jugak ngn tudung.  Macam-macam ada kat baju dia ni.  Semua tempat kotor.  Lengan, siku, kat belakang, depan.. uhh..
Buat masa ni, Mummy guna Lux kaler pepel tu.  Sedap.  Wangi jek.
So, untuk menghandlekan baju sekolah Cik Aqiela ni, Mummy basuh manual.  Pakai berus plastik tu dan sabun mandi.  Sental pun tak perlu laa kuat sangat.  Sebab kompem hilang.  Mungkin cuma 5% je tak hilang kutt.  Yela, kalau nak bersih lagi.. beli baju barulah, kan!
Walaupun tak perlu gonyoh kuat-kuat, tapi kalau hari-hari macam ni mau berketui lengan Mummy ni.  Muscle gitew.  Tak perlu lagi panggil Mr Muscle, macam iklan dalam tv tu.  Panggil je Mummy Muscle.  Ahaks.

Aathif??
Aathif lak.. lepas balik je bercuti baru ni.. officially dah pandai merangkak.  Laju gitew.. sikit lagi kalah laa Mc Larren tu.  Pastu sure Mc Larren tu cakap..
"Sikit lagi... sikit lagi, mahu himmmpit kereta saya!!"
Yela, terkejut laa sebab ada orang nak potong dia tengah drive tu kan.
Uhh, kelass my baby.

Cuma satu je Aathif ni.  Gigi dia tak kuar-kuar gak lagi.  Ingatkan hari tu masa nampak bayang-bayang gigi tu, gigi dia dah nak kuar dah.  Rupanya tak kuar-kuar gak lagi.
Skang ni dah males dah nak intai.. dah kuar ke blom gigi chubby mubby Aathif ni.
Yang penting Aathif walaupun tader gigi, kuat makan tau.  Semua benda dia makan.  Siap gigit lagi dengan gusi besi dia tu.
Aathif jugak dah pandai minum pakai straw tau.  Mummy detect dia dah pandai minum ngn straw lebih kurang 2 minggu lepas.  Ala-ala detectif gitew Mummy ni.

Waktu tidur Mummy pun still tak normal.  Sian Mummy.
Dah lewat malam pun somtaim still takley nak tido.  Pastu selalu aje tak sedo dah pagi.  Nasib suh mama kejut (mama call).  Kalau tak sure lewat.
Harapkan Ana tu pulak, lagi laa mati tidurnya.
Bila cakap bab masa ni, anak-anak ku ni AGAK FAIL dengan pengurusan masa.  Uhh, dislike lah.
Masa ni kena bajet betul-betul.  Mana boleh suka-suka hati aje lewat senantiasa.  Walhal orang dah bagitau jam bape kena ni, kena tu..
Kalau kita awal, tak kisah.  Kan lebih senang kalau awal.
(please take note to all my children)

Dah la.
I'll continue next time.  Nak p mandikan Aakif lak ni.

Ape pun, perut Mummy dah kenyang dengan nasi ayam.  Makan awal skit.  Senang.
Lagipun malam ni nak tengok tv lak.  Desperate Housewife.  Dah season ngelas skang ni.

p/s:  kosong la pulak jiwa skang ni.. apesal ek?  

Wednesday, January 18, 2012

Super Mummy

Kan best kalau aku ada power!!  Jadi superhero gitu.
Uhh.. semua keje rumah aku setelkan sekejap aje.  Sepantas kilat.  Anak-anak semuanya terjaga.. takde yang terlibat dengan masalah sosial dan sebagainya, rumah senantiasa kemas, keadaan rumah yang selamat, etc.  Sepantas kilat je aku bleh g jenguk anak kat Bangi.. then g kat Seri Iskandar sana.. uhh.  Kelas sungguh.


Kiranya aku ada super power, aku tanak laa seksi sangat cam ni.  Superhero yang menutup aurat gitu.  Ahakass..
Ni gak, takde gaya lain.  Asyik nak berkemban aje.

Aku yakin.
Bila aku ada superpower nanti, anak-anak aku pastinya jadi seorang yang hampir sempurna.  Yelah manusia mana sempurna kan walaupun Allah itu dah buat dengan sempurnanya.  Kita tetap jugak cakap, kita ni tak sempurna jika dibandingkan dengan Allah.  Sebab Allah sahaja yang sempurna, tiada yang lain selainNya.

Tapi aku takder power.
Aku gagal mendidik anak-anak dengan jayanya.  Gagal memberikan sepenuh perhatian dengan setiap gerak langkahnya hingga ku miss sedikit.  Hmm.. aku tanak anak-anak aku lalai, degil, dan yang paling penting.. jika mereka jauh dari Allah.  Manakala mereka pula tidak sedar.
Semuanya salah aku.
Aku gagal mendidik diaorang semua tu.

Dan sekarang ni, aku kecewa sangat.  Harapkan pisang tak berbuah dua kali.  Tapi tah diberi baja cap ape, berbuah lagi.  Mmm..

Friday, December 23, 2011

Dengarlah kata orang tua mu

Duhai anak-anak..

Janganlah bercakap bohong. Apabila kita bercakap bohong hidup kita takkan mendapat rahmat dariNya. Keberkatan itu tiada. Kerana ianya telah berlalu pergi ketika kita bercakap bohong sama ada dari segi pelajaran/pekerjaan.
Kamu akan senantiasa susah akibat dari kebohongan yang kamu ciptakan sendiri.

Ikutlah pesanan kedua orang tua mu selagi ianya tidak bercanggah dalam soal agama. Mereka tahu yang terbaik buat mu, walaupun kamu adakalanya memberontak dan tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Namun percayalah, mereka lebih memahami sikap mu yang kamu sendiri tidak tahu.

Duhai anak-anak,

Ibubapa telah memelihara kita dan mendidik kita dari sekecil tapak tangan sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Walau adakalanya kasih sayang itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Mereka tidak mahukan balasan dari segi wang ringgit, harta dan sebagainya. Mereka cuma melihat kamu berjaya, menjadi insan yang berguna dari segi dunia dan akhirat.

Duhai anak,

Tak perlu kamu memberontak kerana tidak puas hati. Tidak dapat apa yang kamu kehendaki. Rumah, kereta, tanah, ataupun di zaman sekarang ini.. serba moden serba canggih. Handphone, laptop, atau ipad sekali pun.
Wang ringgit bukan segalanya. Mereka bukannya tidak mampu memberikannya kepada kamu tapi mereka lebih mengetahui kenapa kamu tidak layak untuknya. Mereka yakin kamu pasti akan lalai dengan arus kemodenan dunia ini.

Anak-anak ku sekalian,

Taatilah mereka. Patuhlah mereka.
Dan kamu tidak akan rugi satu sen pun. Mungkin kamu tidak kaya, kurang pandai, ataupun kurang berjaya dalam pelajaran/pekerjaan, tetapi kamu adalah orang yang paling kaya di akhirat nanti.
Dan kamu patut bangga, kerana Allah juga bangga dengan mu kerana kamu adalah anak yang soleh/solehah.

Monday, October 3, 2011

Sayang..

Sayang betul bila kita ada sesuatu yang berharga tapi kita tak pernah nak tahu untuk mengamatinya. Dan bila dah tiada baru teringat untuk menghargainya.

Sayang sungguh bila kita punyai wajah yang cantik tetapi dalamannya tidak.
Berperangai buruk. Sombong. Riak. Bersifat malas. Berat tulang, tak reti dan tak faham erti bantu atau erti tolong. Nak tolong ibubapa sendiri pun payah, apatah lagi nak tolong orang lain.

Memang sayang .. bila seseorang itu mempunyai anggota badan yang cukup sempurna namun lalai dalam mengerjakan perintah Allah.
Tidak kenal dengan hukum hakam, halal dan haram. Dedah aurat. Bagi orang pegang situ sini, raba situ sini.. tanpa kenal erti malu. Malu pada Allah dan malu pada orang sekeliling.

Sayang dan memang sayang..

Tuesday, April 26, 2011

Day without you

This is my second day, without my dearest husband. Leaving me because of work. Hhhuhu it's so sad when da love one is not around.
But life must goes.

I know that he love me much. If he not, why he bought me a brand new iPad before he have to leave that night, during our last day before he fly. Ouuhh .. Im really hope that he would be honest with me here. No other agenda beside work. Hehe.

This morning I make a breakfast for my lovely children. I make them a fried rice with hot tea.
A bit sleepy when wake up early in da morning at 5.30 am. Very challenging for me because usually I wake up at 6.15 am.

Ouhhh.. I really miss my husband.
Please come back ..
Get ur work done!