Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

2012 Mondial de L'automobile 29 Sept - 14 Oct

Weekend baru ni kitaorang p tengok pameran kete kat Porte de Versailles.  Nak masuk ni kena bayo eu14 adult.  Mummy tatau sebenarnya.. tentang rege-rege ni.  Ingatkan free je.  Ikut aje lah.  Rupa-rupanya kena bayo.  Lalink tak cakap ape-ape pun.  Sebenarnya dia dah buat preparation dari awal dah.  Beli online kut tenet je senang.  Print resit dia.. then setel.

Ada sorang stranger kat dalam pic tu. 
Dia tu sebenarnya kawan Lalink.. Cik Mat nama dia.  Suka sangat duk layan Aakif main.  Dia datang sini ada keje sikit, then mai stay ngn kitaorang selama 4 hari. 

Ni baru je masuk dalam showroom ni.  Ramai giler orang rupanya.  Nak tolak stroller pun susah gak ah.  Semua berterak nak amek gambar dengan kete. 

Semua kete kat sini gojes-gojes belaka.  Termasuk laa kete kat atas siling belakang Aqiela tu.. then pic satu lagi close-up pic kete atas siling tu.

Sanggup  duk dalam menda alah tu, nak promote produk masing-masing nyer pasal.

Cara diaorang decorate tempat ni sangat stylish gitew.  Macam-macam gaya nak tarik orang supaya fokus kat kete masing-masing.
Pic dua keping kat atas ni sebenarnya Mummy amek dari skrin besar kat dinding.. dia fokus kamera dari atas siling then  paparkan kat skrin semua orang yang duk melawat keta dia yang kat bawah ni..

Adam nama kete ni.  
Ni lak Mummy pose dengan Aathif kat kete tak siap.
Hehe..
Sebenarnya nak tunjuk ruang enjin kat depan tu.

Yang ni lak, Aqiela duk pose dengan kete Transformers.

Anyway, seronok jugak datang ke car showroom ni.  Mula laa berangan nak kereta yang mana satu.  Muahahaha..
Berangan aje la.  Nak beli tak mampu.. sebab semua kete gojes-gojes belaka dari segi rm.. rm.. rm..

So, pas tu kitaorang p makan beriani, solat, jejalan skit then balik umah.  Lenguh pinggang duk dukung budak debab Mummy sorang ni..
Nasib baik kiut, kannn


Ohh.. love.

Puhh.. berdebu betul blog ni yerp.  Bizi sangat sampai takder masa nak hapdet kali ni.  Maklumlah orang baru je pindah umah.  Kali ni banyak giler nak kemas, nak setel dan nak pikir.  Bab yang guna otak tu laa yang penat sikit jadinya.


Sebenarnya Merdeka bebaru ni Mummy dah pindah ke Kota Cinta.  Yep.. very expensive city gitew.  Sebbab tu la  tader masa nak  online, atau tengok-tengok kat blog orang lain.  Hobi Mummy pun suka jalan-jalan kat blog jugak kan

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan bila semuanya dah selesai.. internet pulak tader kat umah ni.  Nak install internet pun problem jugak sikit.  Untuk pengetahuan rumah ni baru je renovate.  Mungkin ada masalah dengan wiring berkaitan kabel telefon, menyebabkan lambat skit la.
Dan sekarang ni.. yeyy.. dah boleh masuk internet.

Sepanjang Mummy berada di Kota Cinta ni,alhamdulillah syukur.  Allah masih sayangkan Mummy sebagai ummat dia.  Rezeki itu ada, dari segi makan pakai.
Of cos laa tak sama dengan tempat sendiri.  Memang teringat sangat kat tempat sendiri.  Tapi Mummy kena la kontrol.  Buat muka selamba badak je.  (ingat u je ke boleh ego.. ) Hhehe..

Harap sempena berpindah ke Kota Cinta ni tambah-tambah lagi cinta di hati ini berbunga-bunga riang.  Macam pic kat atas tu la.  Depan kedai LV lagi berpose.  Tapi kita tader duit nak beli LV.  Posing depan kedai aje la jawabnya.

Ni posing tengah jalan ni, nasib baik tader kete yang langgar. Hehe.. Nak bergambar dengan Arc de Tromph nye pasal.  Wakakakaka...
* Comelnya Aathif smile.. nak gigit je rasa.

Ni pulak my favaurite dish.  Nama ape tah menu dia.  Tapi berasaskan "maison" atau kepah.  Menu ni Mummy as penggemer cis .. ops, cheese.. suka la. 
Kalau orang tak suka cheese,.. tak payah nak tebengg la.  Muntah la nanti.

Ini adalah acara lompat katak di mana semua orang melompat. 
Execpt for Aathif sebab kat atas stroller.
* Mummy duk pikir nak beli stroller baru.  Dah season ni.. huhu..

Sepanjang jadi warga France ni, dah banyak kali dah Mummy p Disneyland Paris nun.  Kiranya dah boleh hapal dah kat mana ride ni, ride tu. 
Tapi still tak puas okay.  Ada lagi per yang Mummy lom naik.  Yela taim pegi asek-asek Mummy kena jaga Aathif yang kiut ni.  Mana boleh tahan tengok kekiutan Aathif ni.  Tengok laa comelnya dia duk pegang botol air mineral tu.
Oh ye, air mineral je pun dah eu3 sebotol.  Better bawak dari rumah je airnya.  Sama je rege ngn air botol Coke, Oren ke etc..

Model kat atas ni duk tunjuk Eiffel Tower.  Dan untuk pengetahuan, rumah kitaorang pun kat bangunan kiri tu.. tapi kat hujung sekali kat tingkat 1.  Bangunan Eiffel tu terlindung la pulak dengan bangunan umah kat depan sana.  So tak nampak laa Eiffel tu.  Kalau kira dekat je.
Pic ni diambil dari jalan sini.  On da way balik dari Metro station, Argentine.  Kitaorang duk area Neuilly sur Seine.

Friday, February 24, 2012

Welcome Paris

Paris ni sebenarnya nama seekor kucing yang Mummy kutip kat tepi jalan.  Atau lebih tepat lagi kat kedai makan.  Kesian tengok kucing ni, sebab dia masih kecik.  Area dalam 2 bulan kot.  Tapi dah kena tinggal sendirian.  Tak de lak nampak ibu atau adik beradik nya yang lain.  Cumel lak tu.

Oleh yang demikian, Mummy decide wat balik laa kat umah.  Sebelom tu sempat Mummy belikan makanan kucing dan pasir kucing.  Yela nak bela kan.  Kena laa ada semua tu.

Lapo dia makan.. gelojoh betul.

Mummy rasa nak letak nama Paris la.  Sebenarnya Paris ni betina tau.  Agak-agak laa.. Paris ni kucing mix parsian.  Tapi tak tau laa, kena buang jugak.  Sama ada dia ilang atau memang orang buang, tak tau la.  Bulu panjang.. dan sangat-sangat aktif!!  Ekor kontot.
Manja jugak...

Pandai je merajuk bila Mummy letak tido kat luo.  Ingat orang dah tanak dia la tu.  Tak la.  Sebab lebih senang kalau Paris tido kat luo.  Nak membuang pun takder masalah.  Siang-siang kita main laa nanti..

* Mummy kena dahulukan Aathif tau.  Barulaaa Paris.

Lama betul tak bela kucing ni.  Rasa cam lupa dah camane rasanya ada kucing.  Insyaallah, Mummy akan berusaha untuk menggemokkan Paris.