Saturday, May 24, 2014

Grown enough of me

It's Saturday
May 24, 2014 = 24 Rejab 1435 H

Happy birthday to myself.

Im well grown up now.
Big  and strong enough to handle all.
Well, almost all.

For me, birthday is all about me.
I prefer to be alone.

Actually, i like to be alone.
Without present, wish and nothing.

It's more comfortable when people didn't remember my birthday.  I feel it's really strange when people suddenly trying to be nice and started to appreciate.
Im really hate of fake people.

Birthday keeps remind me of how stupid i am..
Well, of cause there's a story behind that i can't tell.
Just let it there.

Let just forget and not celebrating and follow the day as usuall.

Thursday, May 30, 2013

Ana's friend, Aina and family drop by

Pagi ni bestfriend Ana, Aina (bertudung hitam) datang bercuti di Paris.  Trip selama 12 hari katanya.  So, pagi ni sesampai aje di Paris.. diaorang datang ke rumah untuk singgah sebentar sambil nak simpan stok-stok barang yang banyak sangat diaorang bawak. 

Flight diaorang ke Berlin dalam jam 2 petang menerusi Easyjet.  Katanya 3 hari di Berlin dan lepas tu ke London selama 3 hari lagi. 
Dalam 5hb Jun nanti diaorang akan datang pick up balik barang kat rumah kitaorang dan stay di Val de Europe dalam 4 hari sebelum balik semula ke Malaysia 9 Jun nanti.


Driver teksi sedang setelkan barang nak ke Orly Airport.



Pose bersama ibu Aina, sebelom bertolak ke airport.


Terkejut juga bila Aina datang kat mmy tadi then bagitau, ni barang Nadia kirim.  Katanya Happy Belated Birthday.
Nadia tu jugak bestfren Ana, yang hari tu datang ke rumah dalam 2 minggu..
Kitaorang sesame pegi ke Amsterdam.. selain jenjalan kat kota cinta ni.

 
Nadia,
Tengkiu..
Rasa macam budak-budak pulak.. dapat present bagai macam ni.
 
 
Lepas ni, wangi laa mmy dengan bau stroberi..

Welcome my big bro & sis.. to Paris

26 Mei 2013 - Ahad
My big bro and family bertolak dari KLIA menerusi Qatar Airlines.

27 Mei 2013 - Isnin
Sampai ke Paris dalam jam 7.30 pagi.  Pada mulanya mmy ingat diaorang naik teksi je dari epot tapi diaorang tukar plan naik tren aje.  So, ok.. nanti mmy ingat nak p jemput diaorang kat Metro Charles de Gaulle - Etoile.
Tapi memandangkan dah jam 10 pagi namun mereka masih lagi belom sampai, so.. mmy decide, mmy p jemput aje lah.  Kerr dah sesat ni..
Then mmy p jemput diaorang.  Diaorang ni tak sesat cuma diaorang ragu-ragu nak tukar ke tren dari RER B ke RER A.  Sama ada ke kiri atau ke kanan.  Sebab tak nampak signboard Charles de Gaulle- Etoile.
Dan tadaa.. mmy dah sampai ke destinasi.  Misi menyelamat pun bermula. 

Sebab mmy tak bayar tiket RER, so kitaorang just amek  Metro dari M4 = Chatelet tu ke M1 = Argentine.

Malang sudah berbau sebab mmy dah agak dah pun menda ni nak jadi bila kitaorang terserempak dengan kumpulan penyeluk saku dalam 3-4 orang gitu la.
Untuk pengetahuan, station Chatelet agak sibuk dengan orang duk heret-heret beg sebab metro tu adalah laluan utama tourist datang dan pergi sebab menghubungkan ke epot.

Seperti yang mmy jangka..
Penjahat-penjahat itu ( yang mmy dah kenal sangat pesennya itu ) masuk sekali ke gerabak yang sama dengan kitaorang ni.  Dan taktik dia,
diaorang ni akan jalan laju-laju dan duk depan kita.. pastu jalan slow-slow... untuk melambatkan masa dan bagi pintu tren nak tertutup..
Yes, diaorang berjaya melambatkan masa dan akibatnya Najmi duk luar sorang-sorang dan stroller terkepit kat pintu. 
Dalam kecemasan itu, mmy menggunakan seluruh kekuatan bagaikan incredible hulk untuk membuka pintu.  Sama juga dengan Abg Long.  Dia tolak kut sana, mmy kut sini.

Pada masa yang sama, ada tangan gatal meraba handbeg mmy dan cuba bukak zip handbeg mmy.  Tapi ingat tak, mmy pernah bagitau protection yang mmy buat pada handbeg mmy tu.  Bleh tengok  kat sini.

Bila mmy pandang je tangan gatal iteww.. terus je mmy palingkan wajah yang paling bengis yang pernah mmy ada dan mmy laungkan segarang-garang dan segarau-garau suara yang mmy ada.  Budak pompuan tu pendek aje pun.  Takat bahu mmy ni je..
Siap dekatkan kepala mmy ni ke muka dia dan jari telunjuk ni sambil duk tunjuk dekatttttt je ngn muka dia.
Perghh .. satu tren pandang.  Giler pames!!

Yang mmy ingat, mmy cakap .. HEY YOU.. DON'T YOU TOUCH MY BEG!! pastu mmy paling ke sini balik sebab bizi nak bukakkan pintu tren untuk Najmi kat luar-luar tu sorang.  Dengan stroller yang terkepit ni lagi..
Then budak pompuan tu cuit mmy lagi then kata.. NO.. NO.. pastu buat muka bodoh.
Mmy pun cakap la. HEY.. I SAW UR HAND,.. TOUCHING MY BEG!!
Patut mmy tambah sikit lagi kan.. ayat tu.. jadi hey i sawur hand.. touching my beg ur stupid pig!!  Baru best kan.
Atau mmy rasa better i just punch her face and said, ... uhh im sorry.. i thought dat ur touching my handbeg!! Yeahh..better mmy buat macam tu lenkali.

Uh .. pada masa yang sama, ada sekor lagi beruk makyeh ni tengah bukak zip baju Abg Long yang duk bizi nak bukak pintu tren tu.  Bila sore mmy jelas kedengaran jerkoh yang belakang ni, yang tu terkejut beruk then stop.
Kak Yuni plak ada tegur dan ingatkan Abg Long pasal zip baju yang terbukak tu.  Alhamdulillah, pastu pintu tren dapat dibuka dan Najmi masuk.  Beruk-beruk Gipsi makyeh itu terus keluar tren sebab malu kot.
Alhamdulillah jugak barang-barang berharga terutama sekali duit, tak hilang.

Untuk pengetahuan, Abg Long memakai beg silang kat dalam baju sejuk dia.  Dan baju sejuk dia tu, dizip sehingga ke paras dada.
Manakala beg itu berada di dalam baju.  Beg itu ada 3 kali zip.. untuk dibuka baru laa dapat amek duit. 
Untuk pengetahuan, pickpocket tu dah berjaya buka zip beg itu ketiga-tiganya tapi tak sempat nak amek apa-apa kat dalam.  Alhamdulillah, syukur sangat..

Perjalanan  pun berjalan dengan selamat.. sampai laa ke rumah.


Sesampai aje di rumah, rest sekejap.. pastu kitaorang keluar ke Eiffel Tower.  Alhamdulillah Q tak ler panjang sangat. 
Mmy tak naik pun.  Sebab mmy ingat nak naik ngn Laling mmy nanti.  So, mmy just lepak-lepak kat bawah ni aje.  Rayyan.. si kecik diaorang tak naik sebab tido.  Stay dengan kitaorang aje la kat bawah ni.


28 Mei 2013 - Selasa
Diaorang ke Chateau Versailles.  Mmy tak ikot pun sebab penat nak jenjalan.  Lagipun cuaca macam nak hujan.  Kat umah aje la dengan Aathif ni.

29 Mei - Rabu, 30 Mei - Khamis, 31 Mei 2013 - Jumaat
Hari ni diaorang akan bertolak ke Amsterdam dan hala balik tu akan singgah sekejap di Brussel.  Masa nak amek kereta, sedih dan sangat  susah hati bila katanya lesen kete kita tu takleh digunapakai.  Kena ada International Driving lesen baru boleh.  Memula tu dia takder pulak tulis kat website dia.  Giler susah hati masa tu sebab dah booking semua kat Amsterdam sana.  So, kalau kereta sewa brand EUROCAR, NATIONAL CAR, AVIS semua takleh.. kecuali.. SIXT CAR RENTAL sahaja yang accept Malaysian Driving lesen tu.

Dapat kete Picasso siap ada gps.  Syukur.





Balik aje umah terus siap-siap dan bertolak ke Amsterdam.  Insyaallah harap segalanya selamat belaka.

Uh ye,  kete Picasso ni butang reverse dia  kena  picit macam picagari.. dan handbreak dia kena picit satu butang kat depan deskboard.
Memula tu cari jugak laa kat mana laa handbreak dia ni.  Rupanya butang macam butang hazzard tu.. tekan aje rupanya.
Adehh.. canggih sangat pun susah.. sebab taktau..

Itu lah yang dikatakan, jauh berjalan..  luas permandangan.

Saturday, May 25, 2013

My birthday 2013


24 May is my birthday.
Actually i don't like to celebrate it.  For me this day just an ordinary day so just act normally.
Why?
Because i don't like been touch of any other suprise or gift.
Why?
My heart going to cry like this.. uhh i don't like crying!!

Anyway i'd like to thanx to my beautiful gals who's put soo much efforts making me such a beautiful and wonderful Rainbow Cake.

My first impression looking them making the cake just .. ahh, diaorang ni rajin.. sebab nak makan kek lettew..
Well she always in the kitchen making something when she wanna eat something.  It's normal.
Im never think about "my day" is coming the next day.
Actually to be honest.. im totally forgot about my birthday at all.



M is for Mommy...
Beside i'v also got one precious story book from them.  I love it so much.
Thank you my gals.. making this wonderful day of my joy.

Uhh.. crying inside..

Well, i didn't take their photo.. because not wearing hijab..  Sorry gals.
Next time put ur hijab and pose for me and for my blog.

Anyway.. the cake is delicious!!
Yammyy my tummy..

Sunday, May 19, 2013

Resipi: Roti Paun Goreng


Bahan-bahan

500 gram tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
400 ml air
2 sudu besar gula
Secubit garam

Satukan semua bahan  sekali gus. 

Bahan-bahan inti

5 ekor isi ikan selayang yang direbus
5 ulas bawang merah
2 inci halia (dicincang)
1 sudu  kecil halba
1 sudu besar gula
1 cawan kelapa parut

Goreng semua bahan sehingga kekuning-kuningan. 

Langkah-langkah

Bila semua dah siap.  Gentelkan doh .. buat bulat-bulat then  masukkan inti ke dalamnya.  Goreng dalam minyak sederhana panas.  Sebab dia akan meletop-meletop gitu.
Kena hati-hati.
Jauhkan dari anak-anak tau.


Rasa paun goreng ni sedap.  Tak caya.. terai lahhhh

Friday, May 17, 2013

Puding-puding ku..

Semalam mummy demam.  Tersadai kat atas katil aje sarian. 
Today, i'v cook two kind of my favaurite dessert.  Muahahaha..  Kiranya balas  dendam laa hari ni.

Dekpun rasa cam nak makan je lah.  Kalau kat Terengganu gak, pegi aje kat tepi Sekolah Menengah  Khairiah tu.. ada sederet kedai-kedai yang jual pelbagai jenis kuih muih. Ermm.. tak semestinya kuih muih.. ada jugak side dish cam rojak kateh, rojak buah.. air tebu pun ada jual jugak.  Biasanya tengah hari dah setat menjual diaorang ni.


Yang ni puding karamel.
Speselnya ni dalam bekas bentuk love ni beli masa pegi Spain hari tu.  Kitaorang pegi jugak  kat Gibratar.  Dah  masuk belah UK dah tu. 
Suka sangat.. sebab bekas ni cute.


Sama aje puding  karamel jugak cuma letak dalam bekas ni pulak.  Kecik je ni.  Dalam saiz tapak tangan aje.  Cute kan.
Satu bekas ni ku beli dengan harga eu1.


Yang ni namanya puding buih.
Makan dengan kuah tu..
Arghh like..  like.. sangat.

Dah laa.. nak p makan plak ni.

Asal usul babi, tikus dan kucing

Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan. Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.

Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.

KEJADIAN KUCING DAN TIKUS

Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.

Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.

MASALAH 1:

Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah Azzawajalla.

"Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini"

Maka Allah Azzawajalla berfirman:

"Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini"

Maka setelah dibelai, keluarlah babi-babi dari gajah berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa sedikitpun.

KEJADIAN TIKUS

Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.

Tikus

MASALAH 2

Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:

"Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini"

KEJADIAN KUCING

Maka Allah Azzawajalla berfirman:

"Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu"

Kucing

Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.