Thursday, May 30, 2013

Welcome my big bro & sis.. to Paris

26 Mei 2013 - Ahad
My big bro and family bertolak dari KLIA menerusi Qatar Airlines.

27 Mei 2013 - Isnin
Sampai ke Paris dalam jam 7.30 pagi.  Pada mulanya mmy ingat diaorang naik teksi je dari epot tapi diaorang tukar plan naik tren aje.  So, ok.. nanti mmy ingat nak p jemput diaorang kat Metro Charles de Gaulle - Etoile.
Tapi memandangkan dah jam 10 pagi namun mereka masih lagi belom sampai, so.. mmy decide, mmy p jemput aje lah.  Kerr dah sesat ni..
Then mmy p jemput diaorang.  Diaorang ni tak sesat cuma diaorang ragu-ragu nak tukar ke tren dari RER B ke RER A.  Sama ada ke kiri atau ke kanan.  Sebab tak nampak signboard Charles de Gaulle- Etoile.
Dan tadaa.. mmy dah sampai ke destinasi.  Misi menyelamat pun bermula. 

Sebab mmy tak bayar tiket RER, so kitaorang just amek  Metro dari M4 = Chatelet tu ke M1 = Argentine.

Malang sudah berbau sebab mmy dah agak dah pun menda ni nak jadi bila kitaorang terserempak dengan kumpulan penyeluk saku dalam 3-4 orang gitu la.
Untuk pengetahuan, station Chatelet agak sibuk dengan orang duk heret-heret beg sebab metro tu adalah laluan utama tourist datang dan pergi sebab menghubungkan ke epot.

Seperti yang mmy jangka..
Penjahat-penjahat itu ( yang mmy dah kenal sangat pesennya itu ) masuk sekali ke gerabak yang sama dengan kitaorang ni.  Dan taktik dia,
diaorang ni akan jalan laju-laju dan duk depan kita.. pastu jalan slow-slow... untuk melambatkan masa dan bagi pintu tren nak tertutup..
Yes, diaorang berjaya melambatkan masa dan akibatnya Najmi duk luar sorang-sorang dan stroller terkepit kat pintu. 
Dalam kecemasan itu, mmy menggunakan seluruh kekuatan bagaikan incredible hulk untuk membuka pintu.  Sama juga dengan Abg Long.  Dia tolak kut sana, mmy kut sini.

Pada masa yang sama, ada tangan gatal meraba handbeg mmy dan cuba bukak zip handbeg mmy.  Tapi ingat tak, mmy pernah bagitau protection yang mmy buat pada handbeg mmy tu.  Bleh tengok  kat sini.

Bila mmy pandang je tangan gatal iteww.. terus je mmy palingkan wajah yang paling bengis yang pernah mmy ada dan mmy laungkan segarang-garang dan segarau-garau suara yang mmy ada.  Budak pompuan tu pendek aje pun.  Takat bahu mmy ni je..
Siap dekatkan kepala mmy ni ke muka dia dan jari telunjuk ni sambil duk tunjuk dekatttttt je ngn muka dia.
Perghh .. satu tren pandang.  Giler pames!!

Yang mmy ingat, mmy cakap .. HEY YOU.. DON'T YOU TOUCH MY BEG!! pastu mmy paling ke sini balik sebab bizi nak bukakkan pintu tren untuk Najmi kat luar-luar tu sorang.  Dengan stroller yang terkepit ni lagi..
Then budak pompuan tu cuit mmy lagi then kata.. NO.. NO.. pastu buat muka bodoh.
Mmy pun cakap la. HEY.. I SAW UR HAND,.. TOUCHING MY BEG!!
Patut mmy tambah sikit lagi kan.. ayat tu.. jadi hey i sawur hand.. touching my beg ur stupid pig!!  Baru best kan.
Atau mmy rasa better i just punch her face and said, ... uhh im sorry.. i thought dat ur touching my handbeg!! Yeahh..better mmy buat macam tu lenkali.

Uh .. pada masa yang sama, ada sekor lagi beruk makyeh ni tengah bukak zip baju Abg Long yang duk bizi nak bukak pintu tren tu.  Bila sore mmy jelas kedengaran jerkoh yang belakang ni, yang tu terkejut beruk then stop.
Kak Yuni plak ada tegur dan ingatkan Abg Long pasal zip baju yang terbukak tu.  Alhamdulillah, pastu pintu tren dapat dibuka dan Najmi masuk.  Beruk-beruk Gipsi makyeh itu terus keluar tren sebab malu kot.
Alhamdulillah jugak barang-barang berharga terutama sekali duit, tak hilang.

Untuk pengetahuan, Abg Long memakai beg silang kat dalam baju sejuk dia.  Dan baju sejuk dia tu, dizip sehingga ke paras dada.
Manakala beg itu berada di dalam baju.  Beg itu ada 3 kali zip.. untuk dibuka baru laa dapat amek duit. 
Untuk pengetahuan, pickpocket tu dah berjaya buka zip beg itu ketiga-tiganya tapi tak sempat nak amek apa-apa kat dalam.  Alhamdulillah, syukur sangat..

Perjalanan  pun berjalan dengan selamat.. sampai laa ke rumah.


Sesampai aje di rumah, rest sekejap.. pastu kitaorang keluar ke Eiffel Tower.  Alhamdulillah Q tak ler panjang sangat. 
Mmy tak naik pun.  Sebab mmy ingat nak naik ngn Laling mmy nanti.  So, mmy just lepak-lepak kat bawah ni aje.  Rayyan.. si kecik diaorang tak naik sebab tido.  Stay dengan kitaorang aje la kat bawah ni.


28 Mei 2013 - Selasa
Diaorang ke Chateau Versailles.  Mmy tak ikot pun sebab penat nak jenjalan.  Lagipun cuaca macam nak hujan.  Kat umah aje la dengan Aathif ni.

29 Mei - Rabu, 30 Mei - Khamis, 31 Mei 2013 - Jumaat
Hari ni diaorang akan bertolak ke Amsterdam dan hala balik tu akan singgah sekejap di Brussel.  Masa nak amek kereta, sedih dan sangat  susah hati bila katanya lesen kete kita tu takleh digunapakai.  Kena ada International Driving lesen baru boleh.  Memula tu dia takder pulak tulis kat website dia.  Giler susah hati masa tu sebab dah booking semua kat Amsterdam sana.  So, kalau kereta sewa brand EUROCAR, NATIONAL CAR, AVIS semua takleh.. kecuali.. SIXT CAR RENTAL sahaja yang accept Malaysian Driving lesen tu.

Dapat kete Picasso siap ada gps.  Syukur.





Balik aje umah terus siap-siap dan bertolak ke Amsterdam.  Insyaallah harap segalanya selamat belaka.

Uh ye,  kete Picasso ni butang reverse dia  kena  picit macam picagari.. dan handbreak dia kena picit satu butang kat depan deskboard.
Memula tu cari jugak laa kat mana laa handbreak dia ni.  Rupanya butang macam butang hazzard tu.. tekan aje rupanya.
Adehh.. canggih sangat pun susah.. sebab taktau..

Itu lah yang dikatakan, jauh berjalan..  luas permandangan.

No comments:

Post a Comment