Monday, April 9, 2012

Resipi: Puding Mangga

Nampak yummy kan puding mangga Mummy ni.  Herm.. memang yummi pun.  Bebaru ni beli mangga kat Giant tu.  Ingatkan manis tapi rasa dia masam-masam manis sikit.  Kalau makan wat rojak, agak seswai la.  Tapi Mummy beli dalam sekilo.  Mau tak sakit perut duk makan rojak mangga aje kan.
Then Mummy rasa elok je Mummy buat Puding Mangga.  Budak-budak dan mak budak pun suka makan.  Bapak budak tak balek lagi ni.. so, tak yah makan la ek.  Hee.. next time.

Resipi ni sangat senang.  Cuma orang malas sahaja yang tidak mampu membuatnya.  Muahahahaha..

PUDING MANGGA

Bahan-bahan A
1 paket agar-agar
8 sudu gula (depends laa kalau nak manis letak banyak ) ( kalau mangga tu masam, letak le lebih )
Air ( sukatan air tu tengok dia tulis kat paket agar-agar tu ) ( kurangkan air sedikit agar puding tak lembik nanti)

Bahan-bahan B
1 tin susu sejat ( nak ganti susu segar pun boleh )
2 biji mangga
2 sudu besar tepung kastad
secubit garam
2 biji telor

Cara-cara
1.  Rebus bahan A sehingga hancur.
2.  Sementara tu, blendkan semua bahan B.
3.  Setelah bahan A dah kompem hancur, campurkan bahan B dan gaul sebati.  ( rasa sikit .. supaya manis cukup ke idakk)
4.  Tutup api dan tapis, letak dalam bekas.
5.  Tunggu sejuk sikit dan boleh dihidangkan.  Nak masukkan dalam peti ais lagi sedap, makan sejuk-sejuk gitewww..

No comments:

Post a Comment