Saturday, July 7, 2012

Melawat Pokyi di hospital

30 Jun 2012 baru ni, Mummy p melawat Pokyi di Hospital Sime Darby di Subang.  Untuk pengetahuan, buah pinggang Pokyi terpaksa dibuang disebabkan ada ketumbuhan di buah pinggang kanannya.  Memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

 
 
Alhamdulillah, operation membuang kidney Pokyi berjalan dengan lancar.  Dan ketika Mummy dan rombongan datang melawat, adalah hari ke 2 Pokyi operate.  Memang pucat muka Pokyi dan keadaan Pokyi masih lemah.

6 Julai 2012 

Mummy dan rombongan datang lagi melawat Pokyi untuk kali ke dua di hospital yang sama.  Alhamdulillah keadaan Pokyi bertambah baik.  Malah Pokyi sudah boleh bangun dan berjalan slo-slo.
Insyaallah Pokyi akan sihat dengan cepat.

 Tengok laa "PEACE" yang Pokyi buat khas untuk peminat-peminatnya..




No comments:

Post a Comment