Wednesday, July 11, 2012

Rombongan sekolah Aqiela melawat Pusat Sains Negara

Hari ini, sekolah Aqiela ada rombongan melawat ke Pusat Sains Negara sempena ada Pameran Dinasour Live!!  Mummy pun rasanya terpanggil untuk ikut sama rombongan sekolah Aqiela ni.  Then Mummy decide untuk follow dengan kereta.  Lagipun kitaorang tak pernah lagi sampai ke sini.

Meriah betul ketika rombongan budak-budak sekolah diaorang ni.  Pening pala cikgu-cikgi nak menghandlekan semua ni ha.  Kecoh sungguh!!
Aathif tak berapa sihat sangat hari ni.  Demam ckit.  Tapi alhamdulillah semakin ok dah.  Bagus dan tak merengek pun.  Aathif kan hebat!!
 
Cayalah!! Kitaorang posing dengan T-rek.  Macam dalam citer yang muzium tu je.. yang semua patung, T-rek, hidup belaka tu.. Citer ape ek? Lupa dah.

Walau bagaimana pun, Mummy tak sempat sangat nak snap pic Aqiela ni.  Diaorang ni asek-asek lesap je.  Tak sempat nak kejar dengan stroller bagai.  Kena praktis lagik ni.  Memang fail kalau jadi mummyrazzi ni.  Selalu je terlepas citer hot kanggg.. Kejap je dah kena fired!

Sesungguhnya Aqiela agak fames kat sekolah.  Rata-rata kawannya memanggil namanya di situ, sini..
Semuanya Aqiela.. Aqiela.. Aqiela..

Sweet je diaorang ni bila amek gambar.  Realitinya tak laa sebagus ni.  Macam anjing ngn kucing aje.  Huhh.. pening pala sokmo Mummy ni.

Dan kini tiba laa kami masuk ke Dinosaurs Live!
Ingatkan amende yang live nya.  Rupanya dinasor tu bergerak-gerak rupanya.  Libas ekor, nganga mulut, goyang kepala..

Anak jantan macho Mummy yang sorang ni.. agak penakut sebenarnya.  Dia tanak bergambar ngn dinasor yang gerak-gerak tu.  Ingat betul kutt...

Agak ramai orang dalam ni.  Bersesak-sesak.
Sebenarnya ramai rombongan sekolah-sekolah datang pada hari ini.  Sebab tu laa ada badut, magician, dan persembahan lain kat sini pada hari ini.  Banyak betul bas yang datang hangkut budak sekolah.. 

Manja je darling Mummy yang tiut ni hari ni.  Uhh.. Mummy sayangg...

 Lawak betul laa Aathif ni.  Suka sangat laa buat mulut Zoolander.  Naseb kiut.

Apa pun Mummy rasa seronok jugak datang ke sini.  Especially bila teacher Aqiela lepas balik awal.  Kitaorang pun terus ke Ikea, shopping.  Hehehe.. lagi laa epi Mummy ni.

Dan pic kat bawah ni laa antara yang datang ke Pusat Sains Negara pada hari ini.  Ramai lagi tau... sebab ada 5 buah bas. 


No comments:

Post a Comment