Wednesday, August 1, 2012

Resipi: Puding Buih


Bahan-bahan

~A~
1/2 Plastik Agar-agar
Air ( sukatan air tu, baca pada plastik agar-agar tu kemudian dibahagi 2 sebab guna separuh je kan.  Pastu, kurangkan air sedikit )
* contoh: satu plastik agar-agar katanya air 1500ml.  then sebab guna separuh jadi 750 ml.  Tapi kurangkan air.. jadi guna air 700 ml.
3 sudu besar gula
Beberapa titis pewarna merah / ape-ape kaler.

~B~
5 biji putih telor

Cara-cara

1.  Masukkan semua bahan ~A~ di atas, then tutup supaya cepat masak.  Make sure semua hancur tau.
2.  Pukul putih telor sehingga betul-betul kembang melepak.
3.  Masukkan adunan agar-agar sedikit demi sedikit sambil mixer.  Don't stop tau.  Ulang sehingga adunan agar-agar tu habes.
4.  Teruskan pukul adunan tu.. sehingga agar-agar tu makin sejuk.  Suam-suam gitu.
5.  Pastu boleh laa letak dalam bekas.

KUAH PUDING BUIH

Bahan-bahan

5 biji kuning telor
3 cawan susu ( tak kisah la susu segar ke, susu sejat ke, susu tepung pun boleh )
Gula ( sukatan mengikut tahap kemanisan anda )
1 sudu besar tepung kastad ( kacau dengan air skit )
Beberapa titis pewarna kuning

Cara-cara

1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk.  Then kacau sambil tunggu dia ala-ala menggelegak.  Jangan bagi mendidih tau.
2.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment