Puhh.. berdebu betul blog ni yerp. Bizi sangat sampai takder masa nak hapdet kali ni. Maklumlah orang baru je pindah umah. Kali ni banyak giler nak kemas, nak setel dan nak pikir. Bab yang guna otak tu laa yang penat sikit jadinya.
Sebenarnya Merdeka bebaru ni Mummy dah pindah ke Kota Cinta. Yep.. very expensive city gitew. Sebbab tu la tader masa nak online, atau tengok-tengok kat blog orang lain. Hobi Mummy pun suka jalan-jalan kat blog jugak kan
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan bila semuanya dah selesai.. internet pulak tader kat umah ni. Nak install internet pun problem jugak sikit. Untuk pengetahuan rumah ni baru je renovate. Mungkin ada masalah dengan wiring berkaitan kabel telefon, menyebabkan lambat skit la.
Dan sekarang ni.. yeyy.. dah boleh masuk internet.
Sepanjang Mummy berada di Kota Cinta ni,alhamdulillah syukur. Allah masih sayangkan Mummy sebagai ummat dia. Rezeki itu ada, dari segi makan pakai.
Of cos laa tak sama dengan tempat sendiri. Memang teringat sangat kat tempat sendiri. Tapi Mummy kena la kontrol. Buat muka selamba badak je. (ingat u je ke boleh ego.. ) Hhehe..
Harap sempena berpindah ke Kota Cinta ni tambah-tambah lagi cinta di hati ini berbunga-bunga riang. Macam pic kat atas tu la. Depan kedai LV lagi berpose. Tapi kita tader duit nak beli LV. Posing depan kedai aje la jawabnya.
Ni posing tengah jalan ni, nasib baik tader kete yang langgar. Hehe.. Nak bergambar dengan Arc de Tromph nye pasal. Wakakakaka...
* Comelnya Aathif smile.. nak gigit je rasa.
Ni pulak my favaurite dish. Nama ape tah menu dia. Tapi berasaskan "maison" atau kepah. Menu ni Mummy as penggemer cis .. ops, cheese.. suka la.
Kalau orang tak suka cheese,.. tak payah nak tebengg la. Muntah la nanti.
Ini adalah acara lompat katak di mana semua orang melompat.
Execpt for Aathif sebab kat atas stroller.
* Mummy duk pikir nak beli stroller baru. Dah season ni.. huhu..
Sepanjang jadi warga France ni, dah banyak kali dah Mummy p Disneyland Paris nun. Kiranya dah boleh hapal dah kat mana ride ni, ride tu.
Tapi still tak puas okay. Ada lagi per yang Mummy lom naik. Yela taim pegi asek-asek Mummy kena jaga Aathif yang kiut ni. Mana boleh tahan tengok kekiutan Aathif ni. Tengok laa comelnya dia duk pegang botol air mineral tu.
Oh ye, air mineral je pun dah eu3 sebotol. Better bawak dari rumah je airnya. Sama je rege ngn air botol Coke, Oren ke etc..
Model kat atas ni duk tunjuk Eiffel Tower. Dan untuk pengetahuan, rumah kitaorang pun kat bangunan kiri tu.. tapi kat hujung sekali kat tingkat 1. Bangunan Eiffel tu terlindung la pulak dengan bangunan umah kat depan sana. So tak nampak laa Eiffel tu. Kalau kira dekat je.
Pic ni diambil dari jalan sini. On da way balik dari Metro station, Argentine. Kitaorang duk area Neuilly sur Seine.
No comments:
Post a Comment