Thursday, March 28, 2013

Congrat Ana


Hepi sangat dan bila dapat tahu result SPM 2012 bebaru ni.  Sikit aje lagi nak nanges, tapi .. hmm cover line so, tak jadi nanges.  Hepi giler lol.
Ana dapat result yang sangat Mummy banggakan.  * Tatau nak cakap acaner.
Ada dapat straight 4A+, 3A  dan 3A-
Alhamdulillah syukur sangat.  Harap-harap cita-cita dia nak jadi akauntan berjaya dengan izinNya.

Pagi (waktu Paris) Mummy dapat tahu.  Masa tu nak siapkan bekpes nasi goreng pagi tu..  dan lepas je dia pegi sekolah, cik abang sayang pegi keje.. Mummy pun masuk office jugak la.  Nak buat kek sempena spesel day ni.
Maka siap laa Black Forest Cake .. siap tulis lagi .. keretottt keretott pun takpe.  Janji msg nya sampai.  Haha.

*  Tengkiu Ana, buat  Mummy bangga.  Mummy tahu, Ana anak yang solehah.. tak tinggal solat, ghajin mengaji, tak cakap bohong, tolong-tolong Mummy + Aboh, dengan erti kata lain.. taat pada kedua ibubapa dan yang paling penting.. patuh pada ajaranNya
Terus terang Mummy cakap, Mummy bangga dengan Ana.  Mummy yakin, campaklah Ana kat mana sekalipun.. Ana akan berjaya dengan cemerlang.  Mummy + Aboh takkan risau dan susah hati, insyaallah.  
Ana dah pun buktikan dengan setiap susah payah Aboh cari rezeki sediakan keperluan belajar.. Ana gunakan dengan betul-betul sempurna.
Terima kasih Ana.

Ohye, sekarang ni dah dekat sangat dengan perayaan Easter.  So, banyak giler coklat yang dijual kat mall dengan pelbagai bentuk dan packaging yang sangat menarik.  Gila kejap.


Dan yang paling best, minggu lepas masa Mummy + Aakif dan Aathif ke mall.  Masa tu ada member suh buatkan kek bday untuk anak dia weekend bebaru ni la.
Mummy yang tak lah seterror mana ni.. dah bagitau, tak pandai sangat.  Apatah lagi nak menerima tempahan  untuk birthday cake plak dah. Tapi walaupun dah explain acaner pun dia nak jugak suruh buat kek.  Sebab Kak Nur (tukang masak hebat) tak nak buat kek atas alasan tertentu.. so, Mummy yang jenis berhati lembut ni.. kesian pulak kat dia.  Maka, Mummy pun menerima jugak tempahan walaupun dah gitau tak reti sangat.

Yola, takkan la tatau.  Mummy ni kan jenis jiwa lembut macam dalam citer-citer nostan tu.  Terus lari-lari kat padang bunge..

So, atas usaha yang tak berapa keras sebab sambil lari-lari tengok Korean Drama,  maka jadilah jugak dua bijik kek.  Ingatkan nak buat sebijik aje tapi besar.. tapi.. takder kotak pulak nak letak kek tu nanti.  Maka, buat laa dua bijik.
Sambut birthday anak dia dua-dua orang sekaligus dalam satu party.

Wahh..
Acaner.. berkilat jugak walaupun sedikit bakat terpendam ni ha.  Siap kereta dengan payung-payung sekali. Al-maklumlah sekarang ni kan musim Formula One.  Mestilah !!

Tulisan tu dah kreatif bebenor dah tu.  Siap tahan napas lagik, risau kot senget jadinya.  Herm.. kira okey  la tu kan.

Mummy suh bayar untuk modal aje, eu30 tapi dia bagi eu50.  Mungkin kesian kowt kat Mummy ni ha.  Ataupun Mummy nampak comel kot hari tu.. sebab tu laa dia bagi lebehh.
Well, i must lost more kg  ni..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..congrats ANA...semoga 'A' bukan sahaja di slip keputusan peperiksaan di atas kertas..tapi 'A untuk semua..Akhlak, jati diri dan sahsiah! moga terus sukses dunia akhirat! Akak pun tumpang bangga...akak jugeeekkk~~~ HAHAHA

    ReplyDelete