Wednesday, May 1, 2013

We'r Already Voted 28 April 2013

Yes this is my first time mengundi kat embassy tau.  Memang jakun sangat rasanya.  Berdebar pun ada jugak sebab takot tersalah pangkah.  Lama dah tak memangkah niii..

Kitaorang jalan kaki dari rumah ke embassy ni.  Tak laa jauh sangat pun.  Dalam 2-3 km je.  Sambil jalan, sambil bersembang.. tengok-tengok dah sampai dah..

Seperti yang dijangka.. tak ramai pun yang datang mengundi.  Mungkin sebab tak ramai yang daftar atau diaorang dah balik lepas siap memangkah.
Lepas sampai ke embassy tu, kitaorang disuruh tunggu kejap kat tempat menunggu.  Bilangan orang yang ada ketika itu adalah dalam 5-6 orang.  Semuanya lelaki dan dari gaya diaorang tu cam gaya orang koprat aje.  Masa giliran kitaorang disuruh masuk ... adalah sampai sepasang suami isteri.  Baru laa nampak pompuan.


Segala macam hp dan kamera kena masukkan dalam plastik.

Masuk je dalam bilik tu,  diaorang mintak paspot.. untuk cek pengenalan diri.  Pastu dia tanya mengundi negeri mana.. then diaorang cari nama kami kat negeri masing-masing.
Dapat sampul koko sekeping.
Katanya dalam sampul koko tu ada 2 sampul.  Satu kaler putih dan satu kaler pink. 
Sampul putih tu untuk parlimen dan sampul pink tu untuk negeri.
Dalam sampul putih tu pulak ada sekeping kertas dan satu lagi sampul kecik cam angpow gitu.  Kertas tu menyatakan bahawa kita dah terima kertas undi dan nombor siri yang tercatit dalam sampul angpow tu sama dengan surat sekeping tu.  Kita kena tandatangan dan saksi (orang embassy) tu pun tandatangan.
Sama jugak dengan sampul pink tu.

Lepas setel keje memangkah, masukkan ke dalam sampul angpow tu balik.. gamkan.  Then masukkan ke dalam sampul putih dan gamkan.
Sama jugak dengan satu lagi tu. 
Pastu masukkan ke dalam beg pos yang tergantung kat situ.  Siap!!

Lepas je keluar dari embassy ada pulak la ni.. dari mana tah lupa.  Nak snap pic dan nak suh tulis-tulis pulak.  Kononnya nak tunjukkan kemeriahan mengundi di luar negara. 
Tanpa banyak songeh kitaorang pose laa.. sambil mummy tulis "we're already voted!"


Nanti next week ada jugak gathering ketika M'sia nak umumkan keputusan mengundi nanti.  Akan  ada potluck dan aktiviti lain yang still dalam rangkaan katanya.
Lagi ramai lagi meriah katanya.


Mummy pun tatau laa nak pegi ke tidak lagi ni.  Tak pikir pun lagi..

2 comments:

  1. Uwaaa...frust tak gi ngundi. Best pulak bab makan2..haha..tapi malu la ngundi tak gi, tetibe bab makan muncul dari celah awan!..hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau pegi pun diaorang bukannya perasan. kan.. kan..

    ReplyDelete