Showing posts with label 3- Amir. Show all posts
Showing posts with label 3- Amir. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Mummy sepi..

Hari ni Mummy masak nasi ayam.  Lama benor tak makan nasi ayam yang Mummy sendiri masak. Makan kat kedai tu apa lah sangat nasi ayamnya tu.  Bukannya sedap sangat banding Mummy nyer nasi ayam ni kan.  Of couse laa Mummy nyer lagi sedap gitew..
Yelah, inilah kasih sayang seorang ibu.  Walaupun adakalanya tak reti nak cakap.. "SAYANG" atau pun nak tunjuk apa itu sayang..
Melalui masakan pun sebenarnya adalah satu cara ibu nak bagitau dia sayang kat kita.
Sebab tu lah, ibu selalu je tanya.. nak makan ape arini?  Sebab dia nak masak apa yang kita nak.  Tapi kita ni tak pernah nak faham, kasih sayang yang cuba ditunjukkan olehnya.
(Mama.. i miss u)


Sejak balik bercuti masa cuti sekolah baru ni, jiwa ni rasa cam malas aje.  Uhh.. mana nak buat tu, ni.  Herm.. yang penting bilik air Mummy yang dalam bilik tu dah bersih gila babas dah.  Tengkiu to my new berus yang dibeli kat Giant baru ni.  Memang sampai kat celah-celah sliding bathtub tu.  Kini takder lagi kesan-kesan yang menggelikan.  Dulu berus yang ada tu tak dapat nak masuk kat celah tu.  Yelah, celah sliding bathtub tu kecik sangat.  Mana muat!

Aqiela pulak, tak tau laa dia ni pegi sekolah buat apa.  Berenang ke, bergusti ke, atau berguling-guling dalam kelas.  Baju sekolah dia tu memang kotor tahap gaban laa.  Setiap kali masuk dalam mesin basuh tu, tak jadi ape.  Kena basuh ngan tangan baju dia ni.  Termasuk jugak ngn tudung.  Macam-macam ada kat baju dia ni.  Semua tempat kotor.  Lengan, siku, kat belakang, depan.. uhh..
Buat masa ni, Mummy guna Lux kaler pepel tu.  Sedap.  Wangi jek.
So, untuk menghandlekan baju sekolah Cik Aqiela ni, Mummy basuh manual.  Pakai berus plastik tu dan sabun mandi.  Sental pun tak perlu laa kuat sangat.  Sebab kompem hilang.  Mungkin cuma 5% je tak hilang kutt.  Yela, kalau nak bersih lagi.. beli baju barulah, kan!
Walaupun tak perlu gonyoh kuat-kuat, tapi kalau hari-hari macam ni mau berketui lengan Mummy ni.  Muscle gitew.  Tak perlu lagi panggil Mr Muscle, macam iklan dalam tv tu.  Panggil je Mummy Muscle.  Ahaks.

Aathif??
Aathif lak.. lepas balik je bercuti baru ni.. officially dah pandai merangkak.  Laju gitew.. sikit lagi kalah laa Mc Larren tu.  Pastu sure Mc Larren tu cakap..
"Sikit lagi... sikit lagi, mahu himmmpit kereta saya!!"
Yela, terkejut laa sebab ada orang nak potong dia tengah drive tu kan.
Uhh, kelass my baby.

Cuma satu je Aathif ni.  Gigi dia tak kuar-kuar gak lagi.  Ingatkan hari tu masa nampak bayang-bayang gigi tu, gigi dia dah nak kuar dah.  Rupanya tak kuar-kuar gak lagi.
Skang ni dah males dah nak intai.. dah kuar ke blom gigi chubby mubby Aathif ni.
Yang penting Aathif walaupun tader gigi, kuat makan tau.  Semua benda dia makan.  Siap gigit lagi dengan gusi besi dia tu.
Aathif jugak dah pandai minum pakai straw tau.  Mummy detect dia dah pandai minum ngn straw lebih kurang 2 minggu lepas.  Ala-ala detectif gitew Mummy ni.

Waktu tidur Mummy pun still tak normal.  Sian Mummy.
Dah lewat malam pun somtaim still takley nak tido.  Pastu selalu aje tak sedo dah pagi.  Nasib suh mama kejut (mama call).  Kalau tak sure lewat.
Harapkan Ana tu pulak, lagi laa mati tidurnya.
Bila cakap bab masa ni, anak-anak ku ni AGAK FAIL dengan pengurusan masa.  Uhh, dislike lah.
Masa ni kena bajet betul-betul.  Mana boleh suka-suka hati aje lewat senantiasa.  Walhal orang dah bagitau jam bape kena ni, kena tu..
Kalau kita awal, tak kisah.  Kan lebih senang kalau awal.
(please take note to all my children)

Dah la.
I'll continue next time.  Nak p mandikan Aakif lak ni.

Ape pun, perut Mummy dah kenyang dengan nasi ayam.  Makan awal skit.  Senang.
Lagipun malam ni nak tengok tv lak.  Desperate Housewife.  Dah season ngelas skang ni.

p/s:  kosong la pulak jiwa skang ni.. apesal ek?  

Thursday, June 14, 2012

Lisan

Lama benar rasanya Mummy tak mengapdet blog. Nak sangat menulis sebenarnya tapi bizi je manjang. U tau je la kan.. Mummy ni kan wanita berkerjaya. Mana nak masterchef kat dapo, mana nak bodyguard anak-anak, asben, nak dapatkan stok barang basah dan tak basah.  Kerjaya fashionista tu kena amek berat jugak kan.  Yela, sebagai stailist.. memang perlulah menda-menda tu semuja.

Apa yang pasti, lately sangat bizi.  Uhh penat.
Sape laa nak jadi tukang urut ni ha.. Meh sini. Meh.
ser
Dan sebenarnya yang berlaku dalam kitaran hidup kita, memang sangat berkait.  Terutama sekali dengan adab kita menjaga lidah untuk berkata.  Sebab tu dalam hadis pun banyak diperkatakan tentang adab menjaga lidah ni.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau kalau tidak dapat berkata yang baik, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja"

Dari Sahl bin Sa'ad r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepada ku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua belah rahangnya (yakni mulut) serta antara kedua belah kakinya (yakni kemaluannya), maka saya memberikan jaminan syurga untuknya".

Hebat betul kan!
Persoalannya apa kaitan semua ni dengan kita hari ni?
Allah buat semua bersebab. Dan kita saja yang degil, tanak dengar dan ikut.

Ramai juga orang jadi pendiam, mungkin sebab hadis tadi.  Tapi malangnya bila dia bercakap, lidah dia lagi tajam dari pisau.  Dengan bahasa kesat, nadanya tinggi, atau kata-kata perli yang menyakitkan hati.  Di sini kita sendiri boleh nampak, dia tak ada istimewanya dengan orang lain.
Begitu juga dengan orang yang menggunakan lidahnya untuk menipu.  Ramai benar yang menipu sekarang ini.  Istilah tipu sunat sememangnya tidak pernah wujud sama sekali.  Semuanya untuk menyelamatkan diri buat sementara waktu.  Ataupun sekadar mahu nampak hebat di pandangan orang lain.  Iya, mungkin.  Tapi kebenaran selalu saja terbongkar.  Cuma dengan cepat atau lambat sahaja.

For me, it's look so stupid when u do cheating people that already knows.

Kenapa boleh jadi macam tu?
Jawapannya cukup senang dan tapi payah untuk diterima.
Sebabnya dia masih lagi kurangnya ilmu di dada.  Asas agama Islam perlulah diperbaiki.  Sebabnya Islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi biadap walaupun kita di dalam situasi mana sekali pun.

Friday, April 6, 2012

Lepak di masjid setiap Khamis malam Jumaat

Setiap kali Khamis malam Jumaat, jika tiada aral melintang... pastinya Mummy dan famili akan ke sini.  Seronok sangat bila baca Yassin beramai-ramai tau.  Aathif pun exited.
Kalau Aqiela tu lagi laa exited nyer.  dapat jumpa ramai kawan-kawan kat sana.  Aakif pun dah ada geng jugak tau.
* Bila laa kat dagu tu baik.. bila nak baik je, krutess.. krutess.. Huh  Aakif ni.
* Mummy dah si cute Aathif..
*  Sejak Aathif ni dah pandai duduk, dia memang suka laa duduk nyer.. sambil main ape yang ada di sekeliling.
Kitaorang ni posing lepas selesainya bacaan Yassin, sementara tunggu Isyak.
Ana dan Nabila tu, tiap kali selesai bacaan Yassin, otomatiklii akan pengsan.  Nabila tu dah makin senget dah.
Begitu jugak kiranya kalau ada ceramah.. 

Dan setiap Khamis malam Jumaat juga, kitaorang akan dijamu dengan makan malam.  Dan malam semalam ada nasi putih dengan kari kambing, kari hati, ayam goreng dan sayo Jawa.  Air sirap pun sedap.. bila makan beramai-ramai ni.
Alhamdulillah..

* Amir pun datang kat masjid ni.  Aqiela pulak takder .. duk sibuk main dengan kawan-kawan dia.

Sunday, April 1, 2012

Happy Birthday Rayyan 2 year-old on 3 March 2012

Sebenarnya birthday Rayyan ni 3 Mac tapi re-celebrate semalam sebab tak sempat.  Majlis semalam start jam 3 petang tapi sebab Mummy nyer kelas Haji abeh jam 4.30 petang, kitaorang bertolak dari rumah jam 5 petang.
Alhamdulillah makanan masih banyak dan majlis masih lagi meriah ketika kami sampai.  Seperti biasalah, makanan memang banyak.. memandangkan kakak ipar Mummy ni seorang yang sangat pandai memasak.  Best betul mengisi perut yang tengah lapar giler ni.
Red velvet tu.. yammi sangat.  Mummy pun nak terai jugak wat lepas-lepas ni.  Tapi kena mintak resipi dulu.
Mummy makan speggeti kuah putih.. sedap.  Tat yang kecik molek ni pun ada.  Inti dia cam kastad.. Mummy suap kastad tu kat Aathif.. sedap Aathif makan.
Ni kek beday nyer.  Nombor dua!!
Masa kitaorang sampai, kek dah kena potong.
Antara photo-photo di sepanjang majlis.
Banyak hadiah yang Rayyan dapat.
Aqiela dan Aakif sibuk duk main belon.
Aathif pun syok main yekk..
Mummy yang cun giteww..
*  Honestly Mummy have no idea, kaki sape laa kat belakang tu.
Iman dengan Aathif.
Uhh gelap benor Iman ni.  Apa tak nyer.. main bola tiap hari.. swimming lagik!!  Dulu masa kecik dulu.. putih je.
Pic tu, Iman dan Najmi.
Birthday boy yang kepenatan.
Aathif dah boleh pegang?? Wahhh...
Tengok laa Aboh.. Aathif pose ni spesel buat Aboh tau.
Tapi Aathif lom stabil lagi.  Lepas je klik pic ni, terus landing.  Heeee..
Tengok laa birthday boy ni, lepas je dapat susu sebotol terus je pengsan.  Penat sangat laa tu.
Last before we all balik, sempat Mummy pose dengan abang Mummy ni.  Cun Mummy khennn... khennn..
Ingatkan nak pose dengan kakak ipar, tapi dia dah bukak tudung dah.. tak sampei ati nak suh pakai balek.  Next time laa pulak.  Heee