Hari ni genap 17 tahun Amir. Dah makin tua dah. Hee..
Dan untuk result SPM Amir yang agak bagus 6A dan 6B, Mummy memutuskan hari ni adalah hari jejalan dan makan-makan bagi meraikan Amir.
Selamat hari lahir Amir.
Mungkin Mummy tak boleh jadi ibu yang terbaik untuk Amir.. namun apa yang Mummy harapkan agar Amir terus cemerlang dan cemerlang dari hari ke hari.
Semoga Amir berjaya di dunia dan juga menjadi anak soleh kebanggaan pada kita semua.
~ Anak yang soleh, taat pada perintah Allah, dan menghormati pada kedua ibubapa adalah kebanggaan mereka.. biarpun mungkin tidak berjaya dalam pelajaran atau yang lain.
Pada mulanya pagi tadi kitaorang ke One Utama. Dengan semangatnya duk tunggu enterence bowling tu bukak tapi tengok-tengok rupanya kali ni pun ada competition jugak. Dari syarikat mana tah.
Frust giler.
Bebaru ni pun dah plan nak main bowling, tapi sebab ada tournament ... terus cancel. Tukar ke plan B. Tapi kali ni tanak tukar apa-apa plan. Nak main bowling jugak.
Then kitaorang bergegas ke Curve. Main bowling kat sana laa. Naseb laa kat sana tu takder apa-apa tournament. Hahah.. bestnyer.
Satu game RM7 manakala kasut sewa RM2.
Pada mulanya Mummy ingat nak main jugak, tapi... tak jadi lah. So yang main nyer Nabila, Amir, Ana dan Aqiela. Nak swipe pakai kad utang tapi tak boleh.. seratus ke atas sahaja. Cash aje la.
Mummy bagi diaorang ni main 2 game sorang jadi total RM64.
Ni penyokong setia bila diaorang lempar bola bowling tu. Walaupun adakalanya tak kena atau kena satu je.. sorakan tetap meriah. Hahah.. semangat giteww..
Sebab sukan bowling ini adalah kali pertama untuk Aqiela, kitaorang terpaksa naikkan pagar. Barulah takder muka-muka tensen sebab masuk longkang aje. Hahaha..
Pada mulanya Aqiela ni melalak tau. Sebab tak pandai pegang bola bowling. Tapi bila dah pandai pegang bola... dia pulak naik semangat.
Semangat inilah yang kita mau..
Alhamdulillah Aakif tak sibuk nak main jugak. Yelah, mana ada kasut untuk saiz Aakif. Paling kecik saiz 1, dan itu pun longgar untuk Aqiela.
Jadi kitaorang pun buat sibok-sibok aje lah.
Aathif pun dah mengantok. Sempat tido satu round.
Ini adalah untuk first game.
Atas sekali Anna, Amir, Nabila dan Aqiela.
* Laju betul gaya Amir baling bola. Rasa cam nak terpelanting ke belakang aje tau. Risau Mummy sebab Mummy duk kat kerusi belakang tu..
Ni semasa pertengahan second game.
Memang sengit betul.
Amir sengit dengan Nabila manakala Ana pulak sengit dengan Aqiela.
Best jugak tengok keadaan macam ni. Diaorang makin semangat pulak nak potong markah lawan masing-masing.
Dan ini result untuk second game. Amir jadi juara jugak .. menang kat akhir-akhir. Diikuti Nabila, Ana dan Aqiela.
Lepas tu kitaorang pun pegi laa mengisi perut jap kat Hot & Roll. Malas nak jalan jauh-jauh. Nak rest dulu. Pasni nak tengok wayang pulak.
Wayang lagi?
Holass.. tengok wayang la pulak.
Tapi sebab citernye lambat lagi. Lebih kurang sejam lagi nak buleh ke wayang setat.. lepak-lepak dulu kat depan enterence tu.. sambil makan popcorn.
Amir sempat je dating dengan awek dia yang turut padang dari hostel.. semata-mata nak jumpa then wish besday untuk Amir. Dapat hadiah laa tu kott.
Sebab Mummy terlebih beli popcorn, Mummy bagi kat dia satu popcorn tu. Nanti dia makan laa dengan kawan dia tu. Herm..
Kalau dia tak makan, membazir jugak!! Tak baikk..
Mummy pun nak pose sementara menunggu wayang setat..
Senario menunggu wayang setat. Sambil-sambil tu tengok laa citer yang coming soon. Banyak pulak laa citer Snow White yang coming soon ni. Ada Snow White-Mirror Mirror dan ada pulak Snow White and the Huntsman.
Ni dah abes tengok wayang.
Best jugak citer Lorax ni.
Mengisahkan kita kena hargai pokok sebab pokok mampu membantu udara bersih... ada lagu jugak dalam 3 buah lagu. Watak Lorax tu ingatkan keluarnya lama.. tapi kejap je.
On da way balik, pose kejap kat The Street ni.
Pasni kami ke Ikano. Makan hotdog dulu kenyang-kenyang. Then ke Tesco. Lagipun Mummy parking kat sana.
Ohye.. Mummy beli menan tau.
Mummy beli apa?? Mummy beli congkak kat sana. Then yang blok-blok kayu tu jugak. Juga hadiah buat besday Rayyan.. (anak kakak ipar)
Dia nak buat besday party 31 Mac nanti.
Ingat nak beli jugak selipar baru untuk Amir tapi takder pulak yang dia berkenan. Tak beli laa jawabnya.
Penatnya hari ni.
Mummy harap semua orang hepi dan berkelakuan baik selalu. Kalau semua pass, Mummy bawak p joli-joli lagi.
* Mummy je yang agak kesepian.. ayang taderr. Rindu tolll kat ayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment