RESIPI: KAKI AYAM CELUP TEPUNG
Bahan-bahan
1 paket kaki ayam (lebih kurang 9 ketul)
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu jintan manis
2 cawan air (lebih kurang)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kari
garam
gula
* untuk mencelup kaki
2 biji telor (dipukul manja)
1/2 cawan tepung gandum (lebih kurang)
1/3 cawan tepung beras (lebih kurang laa..)
Cara-cara
1. Buang kuku di kaki ayam tu sampai habes tau. Hehe.. sebab ada jugak orang potong kuku ayam je, bila nak masak. Sape?? Ade leww..
Jangan lupa pastu basuh bersih-bersih ye.
2. Tumis 1 ulas bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Then masukkan air. Pastu masukkan kaki ayam tu. Biarkan hingga kaki ayam tu masak.
3. Keluarkan kaki ayam dari sup tu, dan toskan.
4. Lagi 1 ulas bawang merah tu, campurkan dengan jintan dan tumbuk hingga hancur. Kemudian gaulkan dengan rempah kari, sos tiram kat kaki ayam tu. Kalau nak best, perapkan sekejap lebih kurang 15 minit.
(Asisstant yang sungguh tekun membantu)
RESIPI: HATI GORENG KICAP
Bahan-bahan
1 paket hati ayam
Garam
Kunyit debu
Lada boh
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
Kicap
Sedikit serbuk kari
Cara-cara
1. Gaulkan hati tu dengan garam, kunyit, lada boh sikit. Pastu goreng. Nak masukkan dalam deep fryer pun boley ajer.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan lada boh. Then masukkan kicap. Pastu masukkan hati yang dah digoreng tadik.
3. Masukkan juga serbuk kari sedikit, garam dan gula secukupnya. Siap!!
RESIPI: SUP SAYUR RINGKAS
Bahan-bahan
Kuah sup yang masak kaki ayam tadik
1 batang karot
Kubis
Sawi
Garam
Gula
Cara-cara
1. Kiter potong karot macam bunga yek. Cantik skitt. Ala, senang je. Tengok pic kat bawah ni.
2. Panaskan sup tadik, then masukkan karot, kubis dan batang sawi. Bila dah cam masak tu, barulah masukkan daun sawi plak. Dah siap!!
* kalau nak masukkan fishball ke, telor ke.. boleh aje.
Dan sebagai pelengkap, kan ada telor yang lebih wat celup kaki tadi kan. Campurkan aje ngn garam, lada boh skit.. bawang mayang.. goreng. Jadi telor dadar dah. Uhh yam.. yam..
Dan inilah segala menu kita untuk kali ini. Tadi rasanya macam sikit je. Tapi bila dah siap, mewah laa pulak kan.
No comments:
Post a Comment