Ahad semalam, Mummy bawak anak-anak jejalan ke iPC. Lama sangat dah tak bawak budak-budak ni keluar bila hujung minggu. Tiap kali weekend, Aqiela selalu je tanya.. "Mummy hari ni pakai baju biasa ke, baju jejalan?" Selalu je Mummy jawab baju biasa. Tapi kali ni, Mummy jawab "Pakai baju jejalan". Suka sangat laa diaorang.
Sebenarnya motif keluar hari ni, saje je. Bukannya untuk shopping. Tapi saje je jejalan. Alhamdulillah, Mummy dapat parking baekk punye. Betul-betul dekat dengan pintu masuk. Yela, selalu ingat pesan darling.. "Nak keluar ke mana-mana mall, kena kuar awal. At least 9.45 pagi dah keluar.." Cam tu la pesan darling. Rumah kitaorang ni dengan iPC tu takder laa jauh sangat. Sekejap je dah sampai.
Sampai kat iPC, kitaorang masuk laa kat kedai ACE Hardware. Ingat nak intai-intai kut ada kepala paip untuk sinki. Dah nazak sangat dah paip kat sinki dapur kat umah tu. Penat dah buh kain, ikat getah.. etc. Darling tu, selalu je takder masa nak tukor kepala paip baru.
Tapi, kat ACE Hardware tu.. takder kepala paip yang berkenan di hati untuk letak kat sinki dapur. Herm, takpe lah.
Pastu Mummy g laa kat area IKEA tu, ada laa satu kedai ni menarik mata. Okay jugak beli ni, nak terai makan kat sini sekali.
Kedai ni, beli hotdog RM2 je. Kalau satu set dengan air baru RM3. Air siap boleh refill lagik. Cayalah. So, Mummy pun beli la..
Kitaorang ni sebenarnya tak pernah pun makan kat sini. So, cam orang kampung sikit la. Bila dia bagi hotdog tu, cuma ada roti + sosej je. Rupa-rupanya kena letak sendiri sos dia. (Ada bawang yg dah dipotong dadu, sos tomato, sos cili dan mustard)
Uhh, kamp0ng betul Mummy ni. Kalau order air, dia bagi gelas je.. suh letak sendiri. Kalau beli aiskrim plak dia bagi kon je. Aiskrim tu, letak sendiri kat mesin dia tu.
Tapi yang tak bestnya, kat sini cuma ada meja je. Takder kerusi. Uhh, mana boleh makan berdiri kan. Nanti makan dengan setan. So, kitaorang pun angkut laa cari kerusi yang berdekatan.
Sambil lepak kata kerusi, kaunter servis IKEA tu, ada mesin jual air tin/botol. Murah je air tin RM1 je. Botol RM2. Bagi info kejap. Heheh...
Pastu sambung laa jejalan ke Pet Safari kejap. Masuk kat POPULAR, beli buku nak buat cupcake. Hehe. Bestnya.. bestnya.. tak sabar nak buat nihh.
Kemudian misi jejalan ke e@Curve. Sambil jejalan, boleh bakar segala lemak-lemak kat badan kan. Kata nak slim semua.
Sambil jalan dan jalan dan jalan, sampai laa kitaorang ke Mesir. Apa pun kitaorang sempat laa posing dengan camel satt.. sementara meneruskan misi jelalan cuci mata hingga bersehh.
On the way tu, sempat jugak laa singgah kat New Zealand. Nak perah susu lembu segar dari ladang laa katakan.
* Sempat beli Big Apple Donut tu.. hhehe.
Mummy pun masuk gak lagi sekali ke ACE Hardware nak beli penyukat yang Mummy dah lama beli. Kat Jusco Midvalley takder, Jusco One Utama takder, Jusco Kepong pun takder jugak.. tapi jumpe kat ACE Hardware di iPC. Kepada sesape yang berminat nak beli jugak harga dia RM9 yepp.
Sebab hari ni Mummy mood sangat baek. Mummy belanja semua orang makan kat Sushi King. Yeyyyy.. dah lama diaorang tak makan kat sini.
Dan walaupun Aathif still tak dapat makan, Aathif adalah yang paling hepi dapat masuk kat sini.
Muka Nabila dan Aqiela dah tak larat nak senyum dah. Ni pic kali ke 3 amek. Aathif duk tak diam.. Gambar lak asek jadi kelabu je muka dia.. gleporrr nye pasal.
* Kamera murah, biasalah.
At last, ada jugak muka Mummy yang sweet ni. Bergambo kat Sushi King. Yela, diaorang tanak amek pic Mummy. Mentang-mentang Mummy sweet.
* Tengok laa tu, kalau bab posing je diaorang. Mummy takder can!!
Mummy order kat Ana, yang beef nyer. Sedap! Yang lain order yang set ada mi soba tu.. pun sedap!!
Aathif tengok je la. Tapi pas amek pic ni, Mummy lak pegang Aathif yang cute ni. Sian ye, tak dapat makan lagik. Mummy proses jadi susu je laa yepp.
Selepas berjaya eksesais jejalan, kitaorang turun laa berkilo-kilo tapi naik semula lepas menyentap kat Sushi King. Kiranya misi jejalan bakar lemak ni tak menjadi jugak laa jawabnyer.
Tapi tu diaorang la. Mummy tetap maintain cun. Wakakakaka..
Dan inilah bekas penyukat yang Mummy beli tu. Sebenarnya set yang kecik tu Mummy dah ada. Tapi dah dia jual sekaligus, hmm.. takpe la.
Yang besar tu 1 cawan, 1/2 cawan, 1/4 cawan dan 1/3 cawan. So, pasni takyah lorr nak sukat pakat cawan / mug kat dapo tu lagik. Dah ada gajet yang baru ni.. hehe
Monday, February 27, 2012
Jalan-jalan hujung minggu
Labels:
1- Nabila,
3- Amir,
4- Ana,
5- Aqiela,
6- Aakif,
7- Aathif,
Jalan-jalan,
Makan-makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment