Tuesday, June 19, 2012

Mummy sepi..

Hari ni Mummy masak nasi ayam.  Lama benor tak makan nasi ayam yang Mummy sendiri masak. Makan kat kedai tu apa lah sangat nasi ayamnya tu.  Bukannya sedap sangat banding Mummy nyer nasi ayam ni kan.  Of couse laa Mummy nyer lagi sedap gitew..
Yelah, inilah kasih sayang seorang ibu.  Walaupun adakalanya tak reti nak cakap.. "SAYANG" atau pun nak tunjuk apa itu sayang..
Melalui masakan pun sebenarnya adalah satu cara ibu nak bagitau dia sayang kat kita.
Sebab tu lah, ibu selalu je tanya.. nak makan ape arini?  Sebab dia nak masak apa yang kita nak.  Tapi kita ni tak pernah nak faham, kasih sayang yang cuba ditunjukkan olehnya.
(Mama.. i miss u)


Sejak balik bercuti masa cuti sekolah baru ni, jiwa ni rasa cam malas aje.  Uhh.. mana nak buat tu, ni.  Herm.. yang penting bilik air Mummy yang dalam bilik tu dah bersih gila babas dah.  Tengkiu to my new berus yang dibeli kat Giant baru ni.  Memang sampai kat celah-celah sliding bathtub tu.  Kini takder lagi kesan-kesan yang menggelikan.  Dulu berus yang ada tu tak dapat nak masuk kat celah tu.  Yelah, celah sliding bathtub tu kecik sangat.  Mana muat!

Aqiela pulak, tak tau laa dia ni pegi sekolah buat apa.  Berenang ke, bergusti ke, atau berguling-guling dalam kelas.  Baju sekolah dia tu memang kotor tahap gaban laa.  Setiap kali masuk dalam mesin basuh tu, tak jadi ape.  Kena basuh ngan tangan baju dia ni.  Termasuk jugak ngn tudung.  Macam-macam ada kat baju dia ni.  Semua tempat kotor.  Lengan, siku, kat belakang, depan.. uhh..
Buat masa ni, Mummy guna Lux kaler pepel tu.  Sedap.  Wangi jek.
So, untuk menghandlekan baju sekolah Cik Aqiela ni, Mummy basuh manual.  Pakai berus plastik tu dan sabun mandi.  Sental pun tak perlu laa kuat sangat.  Sebab kompem hilang.  Mungkin cuma 5% je tak hilang kutt.  Yela, kalau nak bersih lagi.. beli baju barulah, kan!
Walaupun tak perlu gonyoh kuat-kuat, tapi kalau hari-hari macam ni mau berketui lengan Mummy ni.  Muscle gitew.  Tak perlu lagi panggil Mr Muscle, macam iklan dalam tv tu.  Panggil je Mummy Muscle.  Ahaks.

Aathif??
Aathif lak.. lepas balik je bercuti baru ni.. officially dah pandai merangkak.  Laju gitew.. sikit lagi kalah laa Mc Larren tu.  Pastu sure Mc Larren tu cakap..
"Sikit lagi... sikit lagi, mahu himmmpit kereta saya!!"
Yela, terkejut laa sebab ada orang nak potong dia tengah drive tu kan.
Uhh, kelass my baby.

Cuma satu je Aathif ni.  Gigi dia tak kuar-kuar gak lagi.  Ingatkan hari tu masa nampak bayang-bayang gigi tu, gigi dia dah nak kuar dah.  Rupanya tak kuar-kuar gak lagi.
Skang ni dah males dah nak intai.. dah kuar ke blom gigi chubby mubby Aathif ni.
Yang penting Aathif walaupun tader gigi, kuat makan tau.  Semua benda dia makan.  Siap gigit lagi dengan gusi besi dia tu.
Aathif jugak dah pandai minum pakai straw tau.  Mummy detect dia dah pandai minum ngn straw lebih kurang 2 minggu lepas.  Ala-ala detectif gitew Mummy ni.

Waktu tidur Mummy pun still tak normal.  Sian Mummy.
Dah lewat malam pun somtaim still takley nak tido.  Pastu selalu aje tak sedo dah pagi.  Nasib suh mama kejut (mama call).  Kalau tak sure lewat.
Harapkan Ana tu pulak, lagi laa mati tidurnya.
Bila cakap bab masa ni, anak-anak ku ni AGAK FAIL dengan pengurusan masa.  Uhh, dislike lah.
Masa ni kena bajet betul-betul.  Mana boleh suka-suka hati aje lewat senantiasa.  Walhal orang dah bagitau jam bape kena ni, kena tu..
Kalau kita awal, tak kisah.  Kan lebih senang kalau awal.
(please take note to all my children)

Dah la.
I'll continue next time.  Nak p mandikan Aakif lak ni.

Ape pun, perut Mummy dah kenyang dengan nasi ayam.  Makan awal skit.  Senang.
Lagipun malam ni nak tengok tv lak.  Desperate Housewife.  Dah season ngelas skang ni.

p/s:  kosong la pulak jiwa skang ni.. apesal ek?  

No comments:

Post a Comment