Monday, August 6, 2012

Resipi: Krimpuff


BAHAN-BAHAN

Krim Puff
Filling
100 ml air

1 cawan susu segar / susu sejat / susu tepung biasa pun boley
45 g butter


6 sudu besar gula ( ikut citarasa manis sendiri )
60 g tepung gandum


2 sudu besar tepung kastad
2 biji telor


1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1.  Masukkan air ke dalam periuk bersama butter.  Biarkan mendidih.  Betul-betul mendidih tau.

2.  Pastu masukkan tepung gandum dan kacau atas dapur tu, sehingga jadi seketul adunan.  Bila dah jadi seketul tu, teruskan kacau dalam 2-3 minit.

3.  Alihkan adunan ke dalam mixer.  Tunggu dalam 5 minit supaya adunan tak terlalu panas. 

4.  Masukkan telor sebiji dan pukul sehingga rata.  Jangan berhenti pukul kerana dikhuatiri telor terus masak sebab adunan tu panas.  Pastu masukkan sebiji lagi dan ulang yang sama.  Siap.

5.  Campurkan semua bahan filling dan kacau di atas api sederhana mengguna “whisk”  sehingga agak likat.

6.  Masukkan adunan krimpuff ke dalam plastik dan picit ke atas dulang dan bakar sehingga masak.   Filling pun dimasukkan ke dalam plastik. 

7.  Bila krimpuff dah masak, bleh tebuk skit lubang pada krimpuff tu untuk dipicitkan filling.  Siap.

No comments:

Post a Comment